Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru 2010

Selamat thn baru kpd semua...
Thn 2010 ni bermakna tmbh lg 1 umur sy. Fuh...dah tua rasanya. Alhamdulillah Allah masih lg pinjamkan dunia ni utk sy. Semoga thn baru ni mndtgkan kebaikan, kerahmatan, keberkatan, ketaqwaan, kesihatan, rezeki, kasih-sayang yg kuat dan pling utama keimanan hati yg kukuh.
Semoga sy dijauh2kn drpd fitnah, pghinaan, pganiayaan dan perkara2 yg melukakan hati perasaan. InsyaAllah.

Sunday, December 27, 2009

Sape Kata?



Sy suka sgt tgok gmbar ni, maklumlah sy yg mngkapnya ms pg lgkawi dulu. Sblm gmbar ni di ambil, mmg sy follow blkg dia org ni. Fuh! mmg ramantik dan nampak mcm org baru bercinta je, kalu berckp slow2 je, tertib je. Wei, betul lah dia pgg tgn, pgg betul2, pgg erat2. Tu la sape kata big bos sy itu, big bos sy ini, x msuk akal lah.

Tu la, harap2 bila sy berumur sperti ni nanti, tok laki sy syg sy, pimpin tgn sy, sy je yg ada dlm kepala otak dia. Hahhahha geli plak.
Tp betullah semua pmpuan ada perasaan mcm ni. Skrg ni (luar rmh) dia nak pgg tgn sy 100x pun, sy x suka. Mana tgn nak dukung anak, mana tgn nak pimpin anak, kalu suara xsoh kata lah mcm halilintar je, terjerit2 kalu ank2 lari jauh skit dr pndgan mata. InsyaAllah kalu Allah bg kesempatan merasa hari tua byk (sbb skrg tua skit). Anak2 plak semua pun dh dewasa. Sy akan kembali sperti gambar ini. CEMBURU wei.....

p/s:
kpd big bos sy mintak maap ter'add image tanpa izin.

Friday, December 25, 2009

kenDURI kesyukuran

Dah tahu nak pg kenduri mlm ni kat Pantai Dalam rmh makcik (seblh tok laki) so boleh le sy lepak ofis lama skit. X perlu tergesa2 balik awal sbb ari ni cuti masak. Yahoooo! . Duk opis borak2 dgn member, merapatkan silaturrahhim. Jam 6.53pm sy balik ( tok laki asyik sms je, cemburu le tu , dengki le tu, hemmmmmmmm)

Bengang, 8.15pm tengah siap2 diri dan anak2 tok laki sy boleh kata `` abg ada hal, tie pg dgn budak2 je ya” Kalu lah sy x kenang kan ank2 yg dah cantik2 pakai baju mahu je sy pun tarik muka mls pegi( x kuasa bkn sedara sblh sy-bisik setan durjana la tu). Sy mmg dah agak ptg lagi dia mmg xnak pg, tp malas nak sgka bukan2. Tup2 mmg betul last mnit dia ckp mmg sah xnak pg.GERAM. Di sbbkan sy dah biasa situasi mcm ni sy pun cal mak `` tie pg dgn mak la, man ada hal plak, x jd pg” kata sy.Mak pun bebel mcm biasa la.

Naik van (penuh) sampai sy pun kene ddk blkg. Hormat kat mak dan kwn dia, biar la dia duk selesa kat tengah. Memuliakan org lebih tua kan amalan yg baik. Fuh! berpeluh jg kt belakang. Adik (driver) plak x buka ekond. Ngadap je la.

Smpai 10.22pm, rmai giler org. Majlis start sbnrnya lps isyak, kami smpai lmbt skit, bajet sampai, x rmai la org kan! masyaAllah berlaga2 bahu nak ambil mkn. Yg dahsyatnya sy nak masuk blik air pun beratur. Mmg dahsyat tol la kenduri kesyukuran yg makcik ni buat. Dlm rumah mmg sesak btl yg tggal hya ruang tmpt ambil mknan je. Yg lain full.

Dlm 11.05pm baru la sy start mkn. Kalu ikut lapar mcm nak baham semua jenis yg ada. Tp......... Sy btul2 mkn nasi dan kari ikan je. Dging kicap, ayam greng rempah, smbl blis petai, syur dan entah apa2 la lg. Mcm x mggiurkan sy je. Padahal perut ni lpr sesgt. Mkn pun xde nikmatnya...penyakit mulut sdg melanda (ulser).heh!

Acara membungkus mknn utk di bw pulang sdg berjalan 12.10am. Mak sy paling dhsyat tapaunya. Maklum lah mak ada adik lelaki yg membantu. Sy duduk je, mlihat gelagat msing2. MeNguap mulut sy ni, entah ke berapa ratus kali dh. Ngngtuknya lah. Dlm hati ``lmbat lg ke mak ei” . Rasa dah nampak tilam dan bantal je dh ni.

Sampai rmh 01.40am. rmh sunyi je. Tok laki pun x blik lg rupanya. Lantak le (sakit hati) .....kjhgfdssamnbvcxzpoitre....


Note:

  • Begitu le nasib bila berkenduri rmh kecik (mcm rmh sy jg) org plak dtg serentak.Nasib la.
  • Lain dr kebiasaan, makcik bt kenduri slps balik haji. Masa nk pegi dulu xde pun. Bagus juga idea makcik ni. Kita x perlu nak megah2 dpt pg haji dulu (positifnyalah).

Monday, December 21, 2009

Hot Sms

entah ari ni nak jadi cerita kot...

Pasal pg tadi 7.53am sy ada dpt msj member ofis, Sy baca lepas tu letak je tpon tu. Maklum lah masih mamai sedap tdur. Dlm Otak sy biarlah msj ni, sy pun smbung tdur skit lg. Bab tdur ni sy mmg sgt berkira.
SUMpah! sy mmg x sgka seramai lbih kurg 26 org staf SCG. Dia bg tau sy seorg je (dia lewat skit ke ofis-pg klinik). Dulu2 mmg dia biasa bg tau sy... maklumlah agak rapat jg kita org ni. Tp smenjak dia pindah ofis bwh ni secara logiknya otak sy fkir, dia mesti bg tau jiran sebelah dia. Almaklum lah sy ni jauh kat atas dan selalu dtg lewat plak(mcm x berguna bg tau sy..hemmmm).
NAk jadi cite..pg ni big bos bsing2 cari dia, semua org x tahu dia dmana, cal dia x angkat, Adoiiiiiiiiii, sy plak sampai2 terus naik atas. lgsung x ingat msj dia tadi. Bukan sengaja ya.
Apa lg, bila sy trun bwh semua org slhkan sy, Tum tam tum tam..mulut masing2, x tahan bsing konon2 slhkan sy. Sy mcm biasa je (sengih2) tanda bler!
Tu lah, kdg2 kita betul2 x sgka benda pnting kita buat x tahu je.
" huh....................shlkjhgfdsawetryuiomnbvcxz "

NOte:
  • kpd dia sy mintak maaf sgt2 dr ceruk hati yg plinggggggg dlm.( sy x sengaja)
  • semoga hot sms ni, jd pengajaran utk kita ber2.
  • kpd semua...termasuk diri sendri andai ada mslh dtg lewat ke tmpt kije bg tau mngment & org pling terdekat dgn tmpat duduk kita. (skurg2 kita bg tau 2 org).

Saturday, December 19, 2009

Trip ke Langkawi 9/12/09 to 13/12/09





Mmg best giler....
Kalu ada rezeki, sy nak pg ke P.Langkawi lg....
tQ kpd bos SCG
tQ kpd semua yg telah menolong mnjga anak2 sy.
semoga thn dpn kita semua bersama lg... utk trip yg akan dtg
(ke China kata en rusman-insyaAllah))

Thursday, December 17, 2009

Berpisah

Berpisah jua kita...
Al-Fatihah,
Sudah sampai masanya, bong (pggiln pd kakak sulong). Allah dah ambil dia, Allah dan cabut nyawanya. Allah dah matikannya. Allah lebih tahu segala2 nya. Semoga dia bersama dgn org2 yg beriman hendaknya.
Sy x sempat bertemu dgnnya sebelum dia mghembuskan nafas terakhir. sedih.
14.12.09-06.55pm hari & masa yg xakan sy lupakan. Baru sy terfikir tanda2 suka/duka mata sy berdenyut mggu lepas. Genap seminggu rupanya berita sy terima amat duka. Apa2 pun sy kene redho.


NOte:
Rupa masa kecil, dewaSA dan skRg...jauh beza sgt ke?
Rasa atie dulu sama je dgn atie yg skrg...msh jln meleggok dan lemah lembut. mgkin rambut je lain (dulu pnjg bwh pggung dan skrg pendek paras bahu dan bercolour sedikit, hahhaha)
Masa di rmh arwah bong ramai kwn2 dia yg x kenal sy......Kena eksplain.
Nasib kawan baik tggaln sy nine', Glah dan buya (zaman sy sek rendah) masih kekal ingatn dia org kat sy.suka.

Wednesday, December 9, 2009

FREE

x sabar, x sabar, x sabar tu je yg sy bleh ckp. Tdr lgkawi, mkn lgkawi, jln lgkawi, mandi lgkawi, msak lgkawi. pendek kata smggu ni semua benda sy nampak lgkawi. Thn lepas bos SCG bw pg Bandung, Indon (naik k.t, Air Asia), thn ni pg lgkawi (naik bas je).
Ah no hal la... janji dpt cuti free, dpt jln2 free, cuma yg x bestnya xde duit free thn ni. Tgh doa lg ni.KOt2 dpt duit free. insyaallah.
Kesian tok laki, kene tinggal lagi. sape sruh xnak ikut. Bkn slh dinda ya, kanda yg x sudi joint.
Member ofis ada jg 5-6 org yg x pg. Semua ada sbb dan alasan yg sgt kukuh.
Doa2 kan kita semua yg pg ni slmt pg dan balik.t.Q (plg takut naik Feri...owh x saggup)

Tuesday, December 8, 2009

KATA HATI

Kata hati ......
YA ALLAH hanya engkau yg tahu apa yg ada dlm hati ini...
Sedalam, seceruk, sesimpul, selindung mana pun rahsia hati, Engkau tetap tahu.
Betapa hebatnya mu Ya Allah,
Rahsia hati/kata hati sebaik mana pun suami, anak2, mak, ayah, kakak, abg, adik atau kawan2.
Semuanya tdk tahu rahsia hati/kata hati kita.
Sy percaya setiap sesuatu kejadian, engkaulah lebih mngetahuinya...

Risau .....
setiap kali mata berdenyut2... sy mesti takut.
Apakah akan jadi hari esok, esok dan esok2 nya.
Sabar je lah menanti hari suka @ duka tu.

Friday, December 4, 2009

LEnguhNYA

fuuuh... mmg tangkap lenguh & sakit satu badan. Especially tgn sebelah kanan ni. Nak angkat secawan air pun gigil2, bahana betul. Gini rupanya penangan main badminton poyo2 beria ptg semlm. Sebelum ni (musim cuti sek ni aje) ada juga main 2-3 kali, mana ada sakit. Agaknya main dgn haziq xde feel. Ha! semlm, ambik!, haziq bw budak besar lawan dgn sy, tu lenguh gila ni. Tapi mmg best la. Sy ni mmg suka bersukan, tp semenjak kawin dan beranak2 ni, stop terus. kalu main bowling tu lain kira la. Peluh dia lain. kalu main lompat kat pdg ni peluh dia lain. huh syok habis. Kalu lah sy dpt ajak semua surirmhtgga kat flat sy tu dpt trun ptg2 main netball or volleyball or ape2 je la. mesti sy puasa 3 hari turut2nya. tanda nazar, (konooooooooon puasa ganti pun x berbayar2 lg), hehehe. Tapi sebnrnya, kalu lah kita peruntukan 1 jam je dlm hidup ni utk sport, mesti kita sihat cergas. Entahlah. Agaknya semua org aktif bersukan kot,cuma sy je yg x tahu, dan caranya berbeza2 kot.

Rindu saat masa sekolah dulu2 kat aspuri SMAM, lepas minum ptg, lepas asar mesti wisel sy berbunyi, check semua dorm xde yg terkecuali dr turun utk beriadah. Wajib! Paling busuk2 yg ada penyakit x bleh main. Mesti trun jg utk jd tukang sorak. Masa tu sy paling bengang ada yg trun pdg bw buku. Mmg hangin 1 badan. Gila! ajak main pun sibuk dgn buku. X faham betul. Agak2 la, bukannya musim SPM-SMA-SRP-SRA pun ko org nak gila2 baca buku. Sory sgt pd yus, midah, lily,dayah dan sape2 lah lg yg pernah kene marah dek sy. mesti ko org sakit hatinya, ko org kan, antra ulat buku terhebat thn 2004. Hai, kije apa lah ko org skrg ni.hemmm

Masa kat ofis lama PEM. JAYABUMI (S) BHD. Sy paksa yg sudilah, girl mngment, girl teknikal, girl sales, bini2 org, ingineer2 dan semua bahagian la, trun pdg main netball. Akhirnya dlm 2 miggu sy dpt 1 team netball termasuk simpanan. Huh best giler. Yg syoknya, lps kije bukan mak je yg lompat2, anak2 dia org pun syok juga, main kat pdg setiawangsa ms tu. Ada sekali tu, kami adakan perlawanan dgn isteri2 polis kwasan keramat. Tapi kalah, sedih betul. Lepas tu malu dah nak joint mana2 perlawanan. Ya lah. sy tgok dia org main asal boleh je. Xde bakat pun. Asal main je.mana nak mng. Tp sy sgt suka saat tu. X pernah sejarah Jayabumi ada team bola jaring dan lepas tu jg kita org boleh claim kalu apa2 bayaran pasal sport. Tgok le sape joint main netball dgn sy. Org no.2 paling besar dlm bilik akaun tuh!.hahhah. srnok kt Jayabumi dulu2, main bowling dgn bf tp resitnya sy dpt claim. Huh...jahatnya sy.

Wednesday, December 2, 2009

ceMBuru

Ari ni... ada member 1 opis buka tajuk berborak, dia kalu bercerita mesti sy jd pendengar setia. Asal dia start cerita je...mesti sy syok dgr. Tadi tajuk dia bidadari & cemburu. Best, lawak dan masuk akal juga. Yg menarik perhatian sy, Kita org berbincang pasal lelaki dan perempuan yg mana lebih cemburu....Spontan sy jawap "lelaki lah...cemburu lelaki ni teruk". Entah la, semua pendapat org berbeza2. Tp bg sy lelaki paling teruk cemburu.
Cemburu lelaki ni bleh buat kita (pempuan) ni rimas. Nasiiiiiiiiblaaa kpd sesiapa yg dpt psgn yg sgt dahsyat perangai cemburunya.

Tuesday, November 24, 2009

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka


Kau main hati
Dengar sadarmu
Kau tinggal aku

Benarku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

- Fuh! bezz giler lagu Si Anang ni.
- Maksud lagu ni sgt mendalam, kalu dgr mmg x puas2..
- Lagu ni sesuai untuk org kecewa la, konon2.

Fikir dalam2, waras2:
Semua manusia yg bernyawa akan di beri dugaan. Semua akan dpt! cuma....masa, jenis, bentuk, rasa...dugaan tu berbeza2. Mgkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Semoga sy mnjadi org yg sabar.

SENYUM SENYUM AJE

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang
Doktor!"Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Tuesday, November 10, 2009

LaDy bOS

Alhamdulilah, esok lusa insyaallah lady bos
sy nak pg ke tnh suci bg menunaikan Haji, rukun islam yg ke5. Sy mmg seronok.
semoga nanti lady bos dpt mgrjakan haji dgn sempurna dan dpt haji yg mabrur.
sy doakan dia selamat pergi dan balik.
Dah hampir sebulan (sy rasa la) lady bos sy x mgganas sgt.
Dah xde angin p.beliung, ribut taufan, suara2 yg myesak dada+telinga,
arahan2 yg berbagai2, kerja2 yg ber'option2. Dia skrg mmg baik gila.
Semoga dia kekal mcm ni selamanya bila balik dr tnh suci nanti.
Sy doakan lady bos sy x garang lg.aminnnnnnnnnnnn

Wednesday, October 28, 2009

Peperiksaan

Musim peperiksaan akhir tahun dah tiba, sy mcm biasa lah. X akan balik lambat dr kije kan!.anak yg periksa sy yg kelam kabut.Mana xnya sy juga dipaksa baca buku sekali dgn dia.kalu sy x mgadap buku, haziq lg lah, malasnya dia, tuhan je tahu. "Kalu ibu xde, haziq malas baca,haziq hentam je!" kata haziq pd sy. Amboi sedapnya mulut, anak2 sekarang ni (ank sy je kot).Ujian bulan ogos tadi teruk gila. ada ke agama islamnya turun teruk seteruknya 30/100. mmg sakit hati mgenang ujian dia tu.Entahlah sy cuba balik awal dan xkan overtime di opis atau di rmh. Seminggu je.sy cuba keseluruhannya utk haziq.sy cuba. Cara terbaik sy apply cuti 2 ari, bukan nya apa2 pun. Saje xnak ada kije2 yg kacau sy waktu ptg, sy mmg nak balik awal tepat jam 6.00pm atau paling lewat pun 6.30pm. Ibu dah buat yg terbaik dan termampu utk haziq...selebihnya rezeki dialah ALLAH nak bg mcm mana.

Wednesday, October 21, 2009

Life



hmmm.........
life is the game of choices....!
so I have pick my choice and
I have to take the responsibility...



Tuesday, October 13, 2009

noKIA 3310


" Mak marah dia tadi ". kata mak pd sy selepas je masuk lgkah pertama kedlm rmh. Dlm hati, apa lagi la mak nak bebel ari ni. Huh! mengeluh jg sy dlm hati.
" Mu tahu tie, dia celup hphone mak dlm gelas penuh air, tu mak marah dia, sakit hati jg! ".. kata mak. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............ayoooooooooooooooooooooooo.......... habis la sy. nak kene ganti. dah la xde pitih ni. Baru balik raya plak tu. sy membebel dlm hati.
Spontan je, Konon2 la, sy pun naik angin le....bg mak sejuk hati.
" YA ALLAH, adik, (pggilan sy pd anak no.3) kenapalah adik nakal sgt ha! Buat tepon atuk kecik (pggilan anak2 sy pd mak mertua) mcm tu, heeeee geramnya ibu ", sambil pukul betis dia (x kuat pun-pukul syarat je-suara je kuat). Anak sy hehhehheh sengih je sambil berlari2, menari2, selamba je dia. Lgsung buat dek' je.

Masalahnya hp sy dan tok laki ke sape punya ke, x pernah ank2 nak main. Dah nasib hp mak nak jd mangsa. Sian dia. Sy ada pelawa guna jela hp sy yg satu lgi tu. mmg ada hp satu lg kat rmh. utk haziq dan anis. masa2 kecemasan sy call dia org. tpi mak xnak. dia xnak hp canggih. lawak. dia nak hp dia tu juga NOKIA3310. sng guna x berbelit. dia kata lah. Sy diam jela. noktah kat situ.nak ganti dia xnak.

Friday, October 9, 2009

Bosan

Ari ni masuk kije lambat sikit, kebetulan nak bw anak no.3 pg klinik
utk check, dia sihat je. Tapi dah temujanji ari ni, kene pg jg la.
Masuk kije pukul 11 lebih...ikut hati dah malas kije dah, tapi pg juga la.
Lagi pun baru je cuti pjg. Xnak la buat pasal.
Kang takut ada org jln hentak kaki (tnda marah).
Entah, sy rasa bosan sesgt ari ni kat opis.
Nak diam x kene, nak bising pun x kene.
So sy buat hal sendri je la.
Sy rasa dlm 2-3 ari ni, opis ni dah membosankan betul.
Knpalah, masa ni, En salim (BOS NRS) x offer sy kije dgn dia,
kalu x, dah lama sy cabut. X pyh notis 2-3 bln dah, terus 24 jam resign je.
Tapi sy kene sabar, semoga mood2 biol sy ni cpt pergi.
InsyaAllah.
Ari ni buat dwg pun 1-2 je. Member2 sekerja sibuk tahap cipan nampaknya,
Tapi sy ttp X menolong, buat tolol je. Harap2 x panjang dia org mrh kat sy.
Sory kekawan, ari ni sy mmg mls betol.
Mgkin di sebabkan sy terkena anugerah dugaan Allah, bisul. xpelah biar habis semua kotor dlm badan ni.
tapi.....
...:::Saya terfikir:::...
Kalu kita mood X ok...kenapa org lain pun masuk dlm mood X ok kita. Sungguh Pelik !.













Wednesday, September 30, 2009

cUTi RaYA

Alhamdulillah...

Akhirnya dpt juga sy cuti panjang balik kg beraya. Terima kasih bos2 SCG kerana meluluskan cuti sy. start cuti 18/9/09 to 29/9/09 maknanya 12 hari sy bercuti. Best gila.

Dpt le berjumpa sedara2 kat kg. Kat Phg kat Tngganu. semua sy jelajah. Maklumlah sy ni jenis balik kg setahun sekali, Bukan anak derhaka ya!, tp mmg org tua dah xde. kalu balik kt Phg pun tdr rmh kakak. Rmh arwah mak pun dah 17 thn sy x jenguk. kata org kg, rmh tu dah runtuh. Biarlah, jgn ada setan, jin, org bunian atau hantu yg duduk dah la. Seram sy.

Sebelah tok laki plak, mmg mak mertua tggl sini, atas rmh je, naik tgga 2x dah sampai, so x heran la. Selama kawin mmg x pernah raya dgn dia pun. Harap2 mak x kecil hati. Walau kita x raya sekali, tapi mak tahu sy syg dia lebih dr mak sy sendri. Dialah mak dan kawan yg paling sy syg dan selamat bg sy. Pernah 1 masa dulu, masa tu sy pregnant anak no.3, sy alami masalah & tekanan paling dahsyat dlm rmh tgga. Nasib ada mak mertua yg setia disisi. Sy rasa x semua org dpt mak mertua seperti sy. sy BANGGA.

kepada semua

SELAMAT HARI RAYA 2009 _MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

May Poh

Hari ni... 11/09/2009 jam 6.30 pg. May poh dah xde.

Tuhan lebih syg kan dia. Dia accident masa nak pg sekolah. Motor yg langgar, dia melambung kmdian di gilis keta plak. Mati tmpt kejadian. Terkejut sy dgr.

May poh ni sebaya ank pertama sy (9 thn), ank tunggal, budaknya cantik....comel sgt, mak india ayah cina.nakal tu biasalah, budak2. Yg paling sy suka dia ni, dia ckp org putih cair. Sy yg tua ni pun malu dgn dia. Masa dia duduk dgn sy musim cuti sekolah yg lalu(bln 12). sempat juga sy dan anak2 belajar ckp org putih dgn dia. Sy selamba je, dlm rumah sendri, apa nak malu.hehehe

Semua tu hanya tggal kenangan. Mungkin ada sbb tuhan ambil dia cepat. ALLAH je yg tahu. May Poh yg sy nampak....mcm anak terbiar je. Ayah bawa teksi, masa kije x menentu. Mak dia plak seorg penagih yg dahsyat (dadah), baru je 6 bln keluar pusat.

Dulu dia selalu dtg melepak depan pagar rumah sy. main dgn ank2 sy, kejamnya sy ms tu, "main kat luar je ya, jgn masuk dlm, acik sibuk la" kata sy pd May Poh. Asal sabtu ahad je dia dtg, segala benda mainan dia bawa. Sabor je.Mcm nak berkmpung dpn rmh sy.Lama2 entah kenapa cabul mulut sy bertanya. "May Poh xde kawan lain ke, ari2 dtg sini, mak ayah x marah ke?" soal sy pd dia. Maklum la geram kan anak2 yg leka sgt, ajak mkn pun susah.Terkedu sy bila dia jawap, "mak xde, ayah kije, mls nak kwn org lain, semua ejek2 sy, sy x suka, anis (ank sy) baik" jawap My Poh.

Bila di soal selidik mcm2 baru la sy tahu, kesiannya hidup dia. Sy ni jenis cepat kesian budak2. Sy cite kat tok laki sy.X sgka..."ajak je lah dia duk sini" kata tok laki sy. Start situ dia dah mcm anak sendiri, baju haziq jd baju dia, katil anis jd katil dia, sy x kisah pun.kdg2 tidur rmh sy..kdg2 dia balik rmh, ayah dia ambil. Sy tgok hidup dia ceria. Cuma ada masa sy pg jln jauh2 sy x bw dia. Kesian jg, tp biarlah. Ayah dia x izinkan.

Semenjak mak dia kuar pusat dn balik rumah, kami mcm dah terputus hbgn. Sy pun x ambil tahu hal dia. Kdg2 nampak baru tegur. Biarlah hidup dia dh kembali sempurna semula. Ada mak ayah disisi.Kdg2 terserempak (bl mak dia xde) sy hulur2 je brg siggit dua. Harap2 hdup dia bhgia. Entah dlm hati sy benci mak dia (bodoh!, buat benda karut x fikir anak).

skrg sy lgsg x nampak kelibat may poh lg, dia dah xde selamanya. Dia dah di pggil ILAHI, krn kelalaian mak dia sendri. melintas jalan besar terlepas tgn. Kesalah yg xdpt diterima akal. Tpi semua tu drpd ALLAH. ALLAH je yg tahu.

Friday, September 4, 2009

Pelupa

Pagi tadi macam biasa hantar haziq (ank no.1) pegi sekolah, ari ni awal sikit 7.21 dah sampai depan pintu pagar sekolah. Maklumlah cover kesalahan sy semlm, mana xnya, sy dgr loceng sekolah dah brbunyi, sy baru sampai selekoh sebelah kanan sekolah dia. Lambat la haziq masuk kelas, masa tu sy tengok jam keta dah 7.35. Kesian dia, semua salah sy sbb PELUPA.

Kisahnya semlm, beg sekolah dia tertinggal..geramnya. Biasa mmg sy yg bw, entah kenapa pg tu boleh terlupa. Kalau lah lesen sy yg trtinggal sy selamba je. Ini beg (ada buku2). xde maknanya pegi sek x bw beg kan!. so terpaksa pusing balik kereta. dahlah rumah tinggi kene naik lift. Sabar je la. Haziq kata dia kene cubit pusing kat perut, "sakit ibu, tu lah semua salah ibu". Kata haziq. Sy diam je.
Kesalahan sy tapi anak yg dapat akibatnya...sian dia. Maafkan ibu.harap2 lepas ni xkan lupa lagi.

Wednesday, September 2, 2009

bUKa pUaSA

Ari ni kene buka puasa rumah mak (mak mertua). x boleh x. mesti, wajib! kalau kata x sudi kang, habis seminggu merajuk ( diam x bercakap2)
sy ni x kisah buka mana2 pun... rumah mak ke, rumah sy ke, semua sama, tetap masak.
yg penting tok laki dan anak2 joint.
Mak kata nak buat bubur lambuk......hemmmm bestnya. x sabar nak balik.


Thursday, August 27, 2009

Emas




Adalah kawan lama sy ni, nak raya2 ni, meljelma lah dia org ni,
bukan nak tanya khabar sangat, ceritanya melarat-larat, nak iklan pun susah.
Mana tak nya, macam2 soalan, macam2 ajakan, dah beli ke, belum beli ke, hampes je, kadang2 nak layan pun malas.

Tapi dah namanya kawan, x layan kang, x berkawan plak sy ni. Ada yang satu ni..ajak pegi buat rambut, rambut raya la kata kan. Sy tolak baik2. Cakap rambut sy x sesuai nak luruskan. Dia ajak plak buat perm kat hujung2 je "jom la jom la" katanya. Heeee, geramnya sy x faham2 dia ni. Macam2 la alasan sy bg kat dia. Akhirnya baru la reti diam bila sy janji kita pegi sama2 tapi sy x buat rambut, sy cabut kening je la. Harap2 masa tu suami sy call byk kali, boleh sy cabut balik, x kuasa nak tunggu 3-4 jam tu) jahat sy.

Ni lagi satu kawan sy budak Kelantan, memang la dia gila EMAS (org kelantan semua mcm tu kot). Masa sy pegi rmh dia, Sy nampak lah rantai tangan kanan+kiri, kaki nasib sebelah je, leher semua cukup, berat2, labuh2 kilat2, anak dara dia yg seorg tu pun ada seberdiri brg2 kemas. Itupun nak beli lagi. Lantaklah dia, bukan duit sy. Tapi kisahnya...menghanginkan sy, kenapa lah gatalnya mulut dia pegi ckp macam tu (x perlulah sy taip kat sini-pedas sgt). Pleaseeeeee, macam lah sy ni kemiskinan sangat. Bg sy drpd emas berkilau2 baik sy beli komputer (laptop) yg power2 boleh memberi manfaat.

Ada peristiwa disebalik sy x berapa suka emas sebenarnya. 3 minggu lepas raya thn 2006, anis anak dara sy yg seorg tu kene ragut. Maklumlah mood raya lagi, mana ada sy nak buka rantai leher dia. Biar la dia pakai kan cantik! Benda dah nak jadi. sekelip mata je.tengah asyik2 sy tgok mainan anis yg mana satu dia suka. Tiba2 dia menangis, org ramai pelik tnya la kenapa? lagi la menangis kuat, lgsung x jawap, sy bawa anis ke tempat jauh org sikit barulah dia ckp ada prmpuan gemuk tarik rantai dia. Mana sy nak kejar, kenal pun x, terlambat plak tu!.

Sy pun cepat2 dapatkan suami sy yg dah jln nun jauh kedepan. Apa lagi masa tu sy teruk kene bebel penuh telinga, penuh setempayan. Suami sy ni jenis marah x cover sikit. Selamba je marah sy depan org. Heee sakitnya hati sy ni, tuhan je tau. Marah2 pun dia pgi juga jejak pempuan neraka tu. Entah la dia berapa kali tawaf Danau Kota yg luas tu. cari kot2 dpt pmpuan penghuni neraka tu.Nasiblah...geram sy. Akhirnya mmg tuhan dah kata xde rezeki. Sah! mmg x dapat. Entah mana dia cabut. 1 mlm je sy rugi beratus2 nak cecah ribu. Terus sy jadi malas nak pakai emas lagi. Tengokla kalu teringin sgt pakai jugalah....sekali sekala.Itu pun yg palsu je. hahaha.x kuasa dah.pintu hati tertutup.





















Monday, August 24, 2009

Ramadhan 2009
Selamat menyambut bulan Ramadhan....kpd semua.
Selamat menjalani ibadah puasa....dah lama rasanya xpuasa.setahun dah...
Biasalah, ari 1st day.mcm menggigil sikit.
Azam sy(saya) ramadhan tahun ni:
xNAK MEMBAZIr.

Nak cuba xnak berbelanja sakan, nak cuba masak aje,nak cuba xnak pegi psr ramadhan,nak cuba makan kadar yang sedikit aje(maksudnya cukup sejenis lauk, sejenis sayur & sejenis air), mcm2 la lagi...sy nak cuba.Selagi x membazir.

Sebab ayah (ayah mertua)selalu bising, pantang bertemu dgnnya...mesti ada je ceramahnya yg memenuhi ruang telinga ni.Antaranya, kemana duit(3x) ...dah keluarkan sikit utk jln ALLAH. Jangan simpan banyak sangat.Jangan semua untuk dunia,jangan itu jangan ini,pendek kata semua janganlah.

Dulu sy pernah jawap, "Tie x simpan pun, cukup mkn cukup pakai je, semua bayar hutang keta,rumah,bil2 dan seangkatannya lah". Ingatkan ayah faham.Tapi tetap kena marah.Entahlah, dia nak sy jadi mcm dia agaknya, kerja teruk2 tapi...x pernah fikir utk diri sendiri.Jauhnya sy kalu nak dibandingkan dgn ayah....insyallah.

Itulah bila tiba Ramadhan ni, terasa pulak nak buat sedikit perubahan, xnak membazir pada perut sendiri. Walau x besar mana pun, cukup lah setakat mampu...dan yg paling penting sy xkan ckp pada ayah, sy dah buat sedikit kebaikan.Alhamdulillah.