Sunday, March 25, 2012

...Haziq dan Bola...

Pada bulan march ni, sy kerap cuti kije mengikuti menyibuk dlm erti kata lainnya sibuk jd penonton jd penasihat x bertauliah kpd team bola sepak sekolah Haziq. Asal ada perlawanan, tak kisahlah lawan betul2 ke persahabatan ke...semua sy layan. Entah! asalkan bola mmg gila, mmg bola ni berhantu kot, diseru2nya rasa nak dtg.

Sbnrnya entry ni khas nak ucapkan tahniah! kpd team bola sepak sek haziq (SKTPS) kerana berjaya mendapat JOHAN Zon Rawang khamis tadi. 3 hari berkampung di Rawang 3 hari jugak tdk mengikuti pembelanjaran di sekolah - main sampai ada budak yang injured termasuklah diri Haziq sendiri...cramps peha kanan. Sedih sy tengok...Tapi kesakitan dan keletihan mmg sgt berbaloi..Pulang dgn senyuman mana taknya dpt mengalahkan juara bertahan sekolah Tun Teja. Puas hati korang kan! Minggu depan lawan utk Daerah plak....sy mmg x dpt nak joint x tonton dah-tetiba sedih...Harap Haziq faham dan korang semua mainlah spt selalu...InsyaAllah. Saingan di Daerah ni mmg perit. "Bermainlah habis habisan hari ni, jika kalah xkan boleh main lagi"...Ayat ni lah yg selalu sy berikan kpd Haziq sblm sepak mula...hemmmm.

~ wajah2 keriangan yg akan dikenang ~
Semoga suatu hari nanti salah seorg drpd kalian 
akan dpt mengharumkan nama negara kita.

sekejapnya masa berlalu
 Haziq sewaktu berumur 6 thn
gambar kanan pemain No.2
posisi pertahanan sek '.....' Mak ai besar dan tinggi orgnya.
Alhamdulillah SKTPS berjaya juga akhirnya.

Tuesday, March 20, 2012

...writing & colouring...


Hari ni terasa nak remove sedikit gambar2 yg agak2 x perlu kat dlm hp, maklumlah himpunan gambar dah meleret2 dah berjela2..x suka lah. Kadang2 x tengok pun dah gambar2 lama tuh. Sebenarnya gambar2 kesayangan kenangan dah copy pun dah simpan kat dlm lappy pun. Jd x perlu nak risau tiba2 rasa nak tgok semula gambar2 tersebut.

Ha! gambar yg kat bawah ni mmg nak buang terus, simpan kat my blog je la. Adik zariff jgn marah nooo. Dah besar dah pandai, adik boleh lihat disini...betapa cantiknya tulisan dan lukisan adik masa 1st time guna pensel dan kaler luna.hemmm. Bukan apa..kalu dunia ibu masa kecik dolu2 bleh simpan kenangan camni..ibu pun nak!. bleh kita compare + lawan sape punya tulisan lg cantekkk.

Percayalah... adik sangat suka menulis dan mewarna dalam keadaan buku terbalik...
pastu mesti mainan ada sebagai teman.


NOte: dah hujung bln march pun...bila lah adik nak pandai nak kenal A B C....Z.

Saturday, March 17, 2012

...air mata jgn sampai kamu kelihatan...

 
 Xpe lahhh...
Allah jua perancang utama masa hadapan yg sgt baik utk sy. Redho dan x akan mengungkit apa yg berlaku. Dia lebih mengetahuinya, teringat sewaktu mengandungkan adik zariff dolu2, tetap bermasalah..dan akhirnya Alhamdulilah selamat. Sekarang telah selamat beberapa hari berpantang seperti melahirkan nampak mudah....dpt cuti/MC tp tdk menggunakannya sgt menyakitkan hati tok laki. "Maaf perbuatan x msk akal tie membengangkan abang"...Dari dulu mmg suka menyembunyikan sakit perit drpd sekeliling. Sy masih dpt berjalan apa! nasihat doktor sentiasa di hati.hemmm.
Persoalan demi persoalan pertanyaan demi pertanyaan...akan sy biar tiada jawapan. 
Andai kita punya masalah sama barulah akan sy kongsikan cerita ini. Cerita sedih x maulah dipanjang2kan. Buat berjurai air mata mmg bukan sifat sy. hemmm.
Sekian. T A M A T

...ilMu PeNGEtahuan...

Mari membaca...(itupun jika anda berkenan)

Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan.

Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka.

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau "hanya salah satu perkara biasa". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan?

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).

Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak.

Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan?

Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah:

• Pendarahan "penebusan" (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka.

• Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera.

Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh:

• Rengsa atau radang serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.

• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantu yang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga.

Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan?

Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.

Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka. 



NOte:
Janganlah pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan kerana jika terlambat seperti dalam masalah kehamilan luar rahim, nyawa ibu boleh terancam ataupun jika kita mengabaikan nasihat dan rawatan doktor, dalam jangka panjang ia boleh menjadi kanser. Selamatkan diri dengan mengambil berat segala tanda-tanda luar biasa yang berlaku waktu mengandung.

Saturday, March 10, 2012

...kENDuri NJ ~ 10/3/12...

Alhamdulillah akhirnya dpt menghadiri perkahwinan ...NJ dan suaminya Zaman. Disebabkan sedikit lewat...jd sy x sempatla nengok Nj bersanding dan mkn beradap, apa bleh buat, tapi xpelah asalkan dtg kan! Hari ni mmg kebetulan Haziq ada latihan bola dr 8.00 pg - 12.00 tghri, kelam kabut kelam kabut akhirnya sy sampai juga ke rmhnya. Cayala, layanan dari emaknya memang terbaikkkk. Sebaik sampai je terus dapat special door gift...pastu jumpa NJ utk bergambar kenangan pastu makan. Semua anak beranak sy cukup selera mkn..licin pinggan pinggan...cumaaa sy x boleh nak paksa tekak, just mkn nasi + kuah + ikan masin. Nak buat mcm mana....selera x datang.hihi. Di kesempatan yg ada, kepada teman sepejabat nih, sy mengucapkan "selamat pengantin baru - cantik baju awk tadi kenalah pulak dgn mekup yang membuatkan awk cukup berseri2"...

Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Wednesday, March 7, 2012

...TeriMa kaSih...







Terima kasih kerana menjadi suami + teman waktu susah dan senang. Memang i love you lah. Nanti kita pegi klinik tu sama2 ya. Cuba dengar sendiri apa yang doktor nak katakan. Kemudian sila buat keputusan...sbb tie tdk mengadakan cerita. explain semula bahasa doktor amat susah seolah2 berbelit lidah dirasanya. Selepas tempoh berfikir kita berdua selesai...semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dia jua tahu sebabnya dikemudian hari.AMIn.

Monday, March 5, 2012

...peristiwa semalam...

Bismillahirrahmanirrahim.....
Menulis dengan apa yang sy fikirkan. Sangat2 mohon ampun dan maaf jika ada yg tercarik @ terkoyak hatinya. Semalam adalah majlis pertunangan adik ipar sy dgn pasangannya Qurairatu Aini. Majlis yg sederhana tetapi 'makna' disebaliknya cukup besar. Bersatu atau sebaliknya??. Allah jua penentunya. Kpd adik ipar yg sdg bercelaru jgn risau k.tie sentiasa menyokong kamu asal tidak melawan arah Allah. Bg k.tie restu ibu bapa amat penting....tetapi....meh kita fikir, kenapa dgn restu kedua ibu-bapa pun masih ramai pasangan yg hancur bercerai selepas berkahwin. siapa nak jawap ???


Dengan berat hati atas niat menolong insan yang sgt2 memerlukan...harap tdk disalah ertikan atau sy disisihkan selepas ini. Sebagai org luar melaksakan tgjawab `berat'...walau kerjanya sgt ringan x sampai 5 minit tapi percayala kesan buruknya 5 tahun xkan lupa. Skrg hati sy dah jd keras....sindiran tok laki serta and the gang nothing buat sy.



Selesai majlis pertunangan di atas sy terus ke majlis Lan & Anis...
xnak terlepas peluang la katakan.
Tahniah utk mempelai ini, didoakan berkekalan hingga akhir hayat.
Disebabkan hari siang masih panjang...
perjalanan pulang sy singgah di FRIM, keterujaan anak2 membuatkan sy cukup bahgia.


Saturday, March 3, 2012

...Runsing...

Lately kalau anda perasanlaa….sy secara tiba2 sgt suka mkn nasi lemak lauk paru simpang tiga sblm kwsp Bt.Caves, hari2 ulang benda yg sama pun xpe, hemmm. Bestkan kalu kita mengandung…..????

2 hari lepas something wrong with me berlaku lagi, Kekompiusan diri  sdg melanda, period on going tetapi naluri dalaman jiwa mengatakan sy sdg pregnant dan utk kepastian, beli `pregnancy test’ sendiri buat aduyai resulst…????????? - Negative – tipu kot, terbeli yg expired date ke apa ha…

Hari ni period masih pelik, naluri kata pregnant 100%. Ibu2 yg pernah mengalami mslh spt sy je mgkin phm kot, nak cerita very details susahla kan.semalaman x bleh tdr…kebetulan hari ni semua anak3 ada aktiviti di sekolah masing2 mengambil kesempatan utk ke klinik bg merungkai masalah dalaman wanita si ibu nih.

Klinik pertama:
Selepas ujian….sah sy mengandung! yeaaa!!! tapiiii doctor kenapa sy still period? Atas sbb kepakaran yg x terserlah doktor tersebut menyuruh sy jumpa doctor pakar puan. Nyampah betul…

Klinik kedua:
Nak atau xnak ..immedietly sy ke *Pusat Pakar Wanita dan Bersalin Selayang*…ini juga adalah tempat setiap kali sy ada urusan ttg kehamilan dulu2 selain hos.Selayang. Jumpa pakar duit pun kena pakar la kan. Nasib Tok Laki harap maklum. Nak buat mcm mana, kemasalahan rahim ni sampai bila2 ttp sama. Risiko mengandung sy kali nih terjadi lagi.

Apa perasaan anda….doktor Pakar kata “yg anda sedang mengandung di luar rahim”???????????
Hanya Allah yg tahu…dan sy hanya berserah dan mengikut nasihat doctor…
Jgn tanya saya lg pasal mengandung dan kandungan ini…..sbb mulut sy selalu tak cakap apa yg sebenar berlaku. stop disini.
Sekian.


NOte: 
1- Terima kasih mak (mak mertua) sbb selalu jd pendengar masalah T dan sebahagian dr 
    penyelesaian masalah yg  T hadapi. Tq so much. 
2- Tiba2 teringat nasihat isteri bos (en. Nazri) masa berada di P.Langkawi 
    dulu…dia takut sy jd sepertinya.


…………..bersambung………………..