Tuesday, February 12, 2013

...KEnduRi pEMbuKA tiRAi taHUn 2013...

Selamat Bercuti kekawan (Sempena Tahun Baru Cina 2013). Cuti kali ni, sy ada 2 jemputan kenduri kawin. 1st  adik Toklaki kat Kedah dan 2nd ank buah sy kat Kuantan (Tmn Sriku). Sy pilih ke kuantan shj. Harap maklum dan jgnlah berkecil hati keluarga sebelah Toklaki. Bukan apa, salah sgt rasanya jika tdk jengulkan muka ke Kuantan (anak abang sy kawin kot). Ini adalah Perkahwinan ank buah yang 1st pembuka tirai tahun 2013. Rasa bersalah abgnya kawin dulu sy x datang. Itu pasai kali ni xnak mengadakan alasan lagi.


Pengantin Baru:"Semoga Kekal Setia Hujung Nyawa" 
...Emah dan Rosmi...
Majlis nikah dibuat hari Jumaat, sy tak dpt hadir-masih diOpis-kerja. Cuma datang majlis kenduri pada hari sabtunya - 09.02.2013.
Harap maaf... Janji Makteh datang kan!


Majlis berjalan sgt lancar…Kami adik beradik lain langsung x menolong apa2.Just mkn & makan, lepak borak2 & minum2. Sy ni dah la lewat sampai satu benda kerja pun tdk menolong.  Semua perfect.  Jiran tetangga di kwsn perumahnya telah melakukan gotong royong - kenduri kendara cukup sempurna. Alhamdulilah.  Kalau ada yang membantu pun malam2 sebelumnya shj…kata kakak ipar sy la.
 
Lepas kenduri, ptg masih awl..anak buah serta isterinya membawa sy ke Taman Gelora tempat minum ptg kuih karipap panas yang glamor dan sedap. Betullah sampai skrg sy masih teringat2 rasanya…terliur gitu. Kepada sesiapa yang datang ke Kuantan Pahang bolehlah singgah di gerai Taman Gelora. Merasai sendiri keenakannya. 
Jangan terkejut ya, harga sebiji RM1.00 tau. X sempat sy nak bergambar2…tertib makan xde masa tu.urmmm.
 
Di Taman Gelora, Kuantan.
 











Di Pantai Sepat, Kuantan.
Hujan renyai ketika ni, jadi aktiviti sentuh2 air laut di batalkan.
 _________________________________________________

Pada 11.02.13 sebelum balik ke KL, sempat sy dan anak2 berjimba2 di Gambang Water Park (GWP), Kalau dari Maran - 20 minit je pun, dah lama teringin masuk ke sini, Asyik tak berkesempatan aje. Akhirnya tanpa dirancang tanpa dikira2 duit dalam poket senafas je buat keputusan. kebetulan kot adik sepupu dr Pekan, dr Selayang & Kawan dr Rawang bersama keluarga masing2 nak dtg ke GWP maka apa salahnya sy pun joint sekali. Meriah sikit!





 






























Nak masuk ke GWP sgt murah & berbaloi berbanding yang lain...
cuma bab makan, jangan tanya dan marahlah.
Standard price kat water park kot...
__________________________________________________
 

OTW ke KL...malam tadi, jalan memang sesak teruk. Memang setiap kali perayaan Melayu ka India ka Cina ka...x tahan rasanya.kebas kaki2. Bila lah jalan raya di Malaysia ni nak insaf xmo sesak2 lagi.TQ kpd Awang & Laa sudi belanja mkn malam di McDonald Genting Sempah.




NOte:
Duit boleh cari lagi dan lagi...ikatan kekeluargaan amat penting!. (Harap suatu hari terbuka hati Toklaki menerima kata2 sy ini)..mood sedih.