Wednesday, December 8, 2010

...jln - jln...


Permandangan yg sgt cantik, mcm2 ada!


Malu gak, maklumlah dah heboh sekampung, seflat dan seseluruh keluarga sy serta mertua kononnya nak pg ke Beijing, China hjg thn nih (2010 - opis trip) Waawaawaa....sedih2. Percutian yg x menjadi. Alasan apa kita beri pun..dah ketentuannya. Mungkin ada hikmah di sebalik ketidakjadian ini. Mana tahukan percutian SCG kali nih di tukar dgn wang ringgit yg berbaloi2. Waawaawaa. Soronoknya. InsyaAllah. Sy PERCAYA dan SABAR.


SO kesimpulannya,

Bagi menghabiskan belanjawan tahunan family atau lebih tepatnya mengisi ruang cuti sekolah pd hujung thn dgn kegembiraan perasaan anak2, sy dan Tok Laki membawa anak2 berjalan2 ke Time Square..SAHAJA!.


Program awalnya adalah ke Genting Highland tapi byk sgt rintangannya. Org ni kecik hati lah, org tuh bergenang air matalah kene tinggal, org sana marah-marahlah, org sini kata macam-macamlah, org sanun kata bahayalah. So keputusan muktamad dr sy senang shj batalkan rancangan ke Genting Highland dan terus ke Time Square.


Time square tempatnya biasa shj. Sy bagi 3 bintang, bolehlaaaa. Selamat utk anak2 bermain dan paling penting semua org-org sana, sini, sanun tuh tersenyum. Menjaga hati org2 sekeliling kita adalah tindakan/perbuatan paling mulia.hemmm.


Haziq, Hanis, Zariff dan Zaidi (adik NJ)

Wednesday, November 24, 2010

...LAyAn...

Lega....Memandangkan sekarang musim cuti sek sdg bermula bertepatan sekali dgn musim kije2 sy yg kembali stabil, maksudnya kije2 opis yg sibuk tahap melampau tahap cipan tahap gaban tahap dewa2, dah kembali normal kembali sejuk kembali ada life (om putih ckp) kembali xde buat sy tertekan sehingga berasa urat2 dlm otak ni bergerak2.huh! sgt lega.

Lega....Sekarang, sabtu ahad sy dah kembali kpd keadaan biasa spt sebelum2 nih, dah boleh layan citer hindustan,dah boleh layan mak mertua borak2-citer2, dah boleh layan kain-baju yg dah bertimbun2 terabai yg mintak dilipat disusun. Huh! Sgt lega.

Lega....Dpt juga merasa bahagia berjln2 bersama snk sedara ipar duai. Walau sekejap tapi sgt berpuas hati. Mana x nya, asal isnin to jumaat kije semestinya balik lewat, membawa ke sabtu ahad pun kije. Rumah pun kije. X habis2 kije. Kdg2 mak mertua pun pelik. “Org lain pun kije gak tie, x seteruk mu nih” kata mak . nasib Tok Laki sgt2 memahami. tQ. Heheh

Sementara ada masa menaip - melayan blog nih, baik sy fokuskan atau menguplodkan gambar2 paling laters kehidupan terbaru. Saje sebagai kenangan.hemmmm

Di Marina Island Lumut, Perak. Persandingan anak buah (faizal dan isteri)

Bergambar kenang-kenangan bersama pengantin. Sebahagian family sblh lelaki /sy.

Sunday, October 3, 2010

...PitaM...

terkena kepala pusing2 dan pitam....
kurang tidur, kurang rehat, otak serabut, fikiran bercelaru, byk masalah dalaman yg x pernah di luah dgn kata2, tertelan j.manjakani berlebihan atau byk memikirkan kije kat opis yg x siap2 dan apa lagi ya. Jawapannya Allah shj yg tahu.

Bila 'sakit' nak datang, dia x tunggu dah. Terus serang je. Nak kata jgn pun x sempat, nak mengelak pun dah xdan. Allah, sakitnya kepala masa tuh, pecah je belum.

Kisahnya ptg tadi...
sy hampir pengsan di opis....yg ada hanya kami ber3 masa tuh. Anis (anak) dan NBB (engineer SCG). Dah bertahun2 x sakit teruk sbnrnya. Seboleh2nya sy cuba mengawal sakit, cuba utk tdk menyusahkan org lain, cuba utk duduk, cuba utk baring, cuba utk tdr je. huh!..x tertahan nampaknya.
TQ kpd mak mertua, Yunus, Anis dan NBB. Kalu lah xde mereka nih, x tahu lah apa akan jd pd sy seterusnya. Ops...TQ jugak kpd doktor yg mencucuk bahu sy ni bg memasukkan ubat.

Bila sihat...cepat2 sy
mengkaji + menyelidik apa punca tekanan darah rendah ni..meh kita baca sama2..


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah



Friday, October 1, 2010

jauh di mata dekat di hati

Encik Afendi......Designer-road SCG

Hari ini,
setelah 3 thn (lbh kurang) en. Afendi berkhidmat di SCG, dah tiba masa dia pergi/berhenti kerja. Sekarang hidup sy dah tak bermakna lagi. Aiceh. Sebab kalau dia tiada, sy nak bertanya pasal Autocad susah2 / pelik2 dengan siapa lagi. Susah wooo! Mati wooo! Harap lah sgt anak buah yg satu (kiri) tinggalannya sebijak dan sepantas en. Afendi. InsyaAllah.

Ingat lagi,
dolu2... sy dgr nama pun dah takut, mana xnya, dia nih terkenal dgn sifat garang + berlagak ++++ yg amat sgt (hanya di mata sy). Tapi dek sebab ilmu kepandaian dia yg sgt ajaib mengalah 20 org lain yg berada di SCG. Sy tabik spinggg. so mengalah je lah.

Ingat lagi,
sblm En. Afendi bekerja di SCG, sy mesti berasa tertekan apabila membuat earthwork (sbhgn kije). Bayangkan terpaksa membuat berpuluh2 c.section dgn cara manual, seksa sgt. Semenjak en. Afendi ada huh...lega. Sekali dia petik je..beratus bersusun c.section siap, sy tahu mintak je, mintak je.

Ingat lagi,
sblm En. Afendi ada, byk kerja sy siap lambat. Kije mmg lah boleh buat, tp teknik x betul. Byk sgt rahasia ilmu2 pantas yg x pernah sy tahu, x pernah sy fikir tp skrg sy suka sgt dan TQ byk2 kpd en. Afendi. Sekarang walau drainage (sbhgn kije) sy masih x siap2. Tapi awal pengenalan tntg dunia 'drainage-road' darinya 4-5 bln yg lepas, xkan sy lupakan. Ilmu tanpa bayaran...bukan senang nak dapat. En. Afendi sgt baik sbnrnya.

Saturday, September 25, 2010

...Raye...

Sy rasa, tdk terlambat lagi utk update cerita pasal raye kan?


Sebenarnya raye sekarang x sehebat raye dulu2 masa sy kecik2, tapi raye tetap raye!. Kita wajib lah beraye setelah sebln berpuasa. Thn nih sy raye di Terengganu dulu sblh Tok Laki. Start cuti 7.09.10 – 19.09.10. Walau x selama thn lepas, tp sy sgt bersyukur dpt betul2 bercuti rehat badan dan minda berbanding thn lepas raye pun serabut dek kije. Alhamdulillah..dpt pegi semua rmh2 sedara ketiga2 kg.


Memandangkan Syawal masih berbaki 15 hari lg, sy ingin mengucapkan “slmt hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin”. Almaklumlah sy nih sgt suka bergurau melebihi had2 yg sepatutnya. Sy nih sgt suka cari bahan mengumpat kalu ada geng2 yg sekepala, sy nih sgt suka mengosip2 mengalah wartawan Melodi. sy nih sgt suka mkn free janji ada org yg nak berbelanja mkn. Sy nih sgt suka....(smbil berfikir) mcm2 lah keburukan diri nih.


So di bulan baik nih, sy myusun 10 jari memohon ampun atas segalanya. 0-0 hendaknya. InsyaAllah sy akan hentikan sikap2 buruk sy tuh demi kebaikan bersama. Agaknya diam kan lebih baik dr berkata2.hemmm


Dan kepada sesiapa yg mngucapkan/bermesej’an dgn sy di pg raye yg lalu. Thanks sgt2. Ucapan dr ko org tlh membuktikan yg sesungguhnya ko org mmg jelas mengingati sy. TQ kpd Izzah, NBB, sara, Apy, Syam, B, Naazam, Hairie, Mie, Aeshah dan lain2. Ucapan raye dr ko org mmg best dan bermacam2, ada yg kelakar, menarik, pelik, manis, sedih, simple, panjang berjela2 dan ada yg main MMS je. Thn nih sy dgn sukacitanya mengumumkan pemenang kata2/ucapan raye 2010 the best adalah jatuh kpd cik Aeshah dr SCG. Hehehe.


Gambar sbg kenang2an di hari raye thn 2010


Haziq dan Hanis bersama Tok Dah


Inilah satu2nya org yg lebih mementingkan diri org lain drpd diri sendiri.

Tie sayang M.dah. Love you(2x) so much.



Sunday, September 19, 2010

Tersentuh Hati....

Hujung Ramadhan dan awal syawal 2010 yang tercemar...

Perbuatan manusia secelaka dan sebangsat2nya....yg dah pun terjadi.


Pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 yg lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim.


Kematian mereka yg x dapat di terima akal logik. Tidak kira siapa atau jahat mana pun mereka...kenapa ada yg sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Dipukul, ditikam, dibunuh dan dibakar. Allah, sgt sedih rasanya di bumi Malaysia ini ia benar2 terjadi. Walau sy satu sen pun x merasa duit hasil jutawan dan dermawan Datuk Sosilawati, tapi sbg wanita dan ibu, sy turut berasa simpati.


Sy sgt gila dgn kes Datuk Sosilawati nih, seminggu berhari raya pun, sy dok sibuk membaca, melihat, mendengar, mgambil tahu segala cerita dr tv or surat khabar nsb internet x sempat nk layan. Entah, hati sy yg paling dlm nih terusik. Semoga Datuk Sosilawati/arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman.


“ sebenarnya tragedi ini mengingatkan kita bahawa betapa maut itu amat dekat dgn kita. Ia sama dekat dgn Allah SWT yg berada sedekat dgn urat nadi kita. Malah, hidup ini juga berjodoh dgn maut. Ternyata hidup kita boleh berubah dalam sekelip mata sahaja tanpa kita duga, tanpa kita rancang “


Al Fatihah..............