Friday, February 26, 2010

"manjakan isteri ikut sunnah"

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari khiamat adalah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku "
Al-Nasai & Ibnu Hibban.

SALAM MAULIDUR RASUL
12 Rabiul Awal 1431H
kepada semua pengunjung yg sengaja atau x sengaja atau mmg saje2 membaca blog ini.
selamat bercuti sempena
KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD (S.A.W)



Hari ni x pegi mana2 pun. Duk rmh & mgadap tv je. Best plak melayan Wanita Hari Ini (WHI) tv3. Tajuk "Manjakan isteri ikut sunnah". Tetamunya iaitu Dato Fadzilah Kamsah (suka bangat) dan Hajjah Sheila Rusli (x suka pun-biasa2 aje)...so Layan......

p/s:
Kpd para lelaki yg bergelar suami, adakah anda sudah manjakan isteri anda ikutkan sunnah! Wang dan harta mungkin bonus kpd isteri, tetapi cuba anda cari apa yg NABI buat pada isterinya. So, lepas ni isteri pun x risau suaminya kawin lg malah izinkan. Entah2 siap carikan calon lg.hemmm.
~ opsss, sggupkah sy, mgkin x mugkin ya.

Monday, February 22, 2010

WLX4498

sory ya sape yg punya kelisa wlx4498....silver.
kisahnya masa o.t.w balik rmh lepas kije tadi....
Selamba je mamat dlm keta tu buang sampah (air kotak yg dah kosong) keluar tgkap. Pas tu muka toye je. Mcm jln raya nih mak bapak dia yg punya. Sy jeling mcm keluar biji mata pun dia buat bongok je.
Apa ko ingat sy nak ngorat ko ke, jeling menggoda dgn jeling menghangin ko x dpt beza ke?. Ok! kau mmg hensem, macho, ada rupa. Tapi kalu perangai membuang sampah mcm otak letak kat lutut. xde faedah jg. cecuba ko buang semua kotak minuman ko kat tepi katil, bwh katil, tepi pintu, maksudnya sesuka hati ko je nak buang kat mana. Huh! alamatnya lama kelamaan ko duduk dlm sampah la. caittttttt betul org mcm nih.

Note:
Sy ckp org pandai, nasiblah!. Sekurang2 nya sy x pandai buang sampah besar merata2 tempat. Kalu tisu kotor tuh...opsssss.

Sunday, February 21, 2010

sukar diPERcayai

Kenapalah ada cerita panas plak ari nih...

'mu tawu kak tie sape kawan anis tdr sebelah awang mlm tadi' kata awang sepupu tok laki yg mmg bermastautin kat rmh mak.

`ha! sape plak. ko ni awang. biar betul' kata sy pd dia. Al'maklumlah, dia tu bujang. jgn buat perangai bawa balik budak bawah umur plak. masa2 org xde rmh sbb mak sekeluarga balik Tgganu seminggu.

'mu tawu k.tie..May Poh dtg tdr seblh awang, 2 mlm dah, Mlm yg pertama tuh tersentak jg awang, mau x terkejut' kata awang.
Sy mmg x percaya, tapi apa hal plak dia nak takut2 kan sya. Xde faedah. Dtg plak pidah (adik ipar) mnyambung cerita.

'ari tu yunus (adik ipar) kene himpit tgh tdr dgn bdk kecik' kata pidah

Adoiiiii, kenapa lah dia org semua nak cite kat sy. sy ni dah lah jenis penakut. Gerammmnya.
Dah lah baru2 nih Shah (jiran atas rmh sy) ada nampak budak kecik bertenggek kat ats tong gas dlm rmh dia (waktu2 sunyi org tdr mlm)
Semua cerita ni mmg sukar dipercayai....x masul akal bila difikir2.
Tapi......
Betul ke May Poh merayau2, Ya Allah kesian dia.

NOte:
1) Sy x pernah tgok cerita hantu kat tv @ kat wayang, Mmg x akan! X akan!
Setiap kali
sesapa kat rmh yg tertekan ch.tv yg tertayang cite hantu, mesti kene jerkah
dek sy.

2) Mcm nak ngaji (bc Al-Quran) depan pintu rmh je mlm nih. semoga sy kuat semangat.

Sunday, February 7, 2010

selamat hari jadi

selamat hari jadi 7hb february.....
slmt hari jadi utk kakak tercinta, tersayang dan paling sayang bangattttttttt.....
Kakak sy nih ibarat mak...
Dia yg byk menjaga, menanggung dan mengambil berat persekolahan sy dulu2. (walau dia hya kakak tiri)
Sejak tadika hingga masuk kolej kat Tmn Melawati KL dia yg byk menanggung semua perbelanjaan pesekolahan sy.

Dia yg bekerja..tp separuh gajinya sya yg belanja (utk study). Terima kasih x terhingga kpd NGAH (pgillan sy pd dia).
X terbalas jasa dia walau sampai hujung nyawa sy.
Sy syg dia sgt2...semoga dia tenang dan redho mghadapi pyakit yg dia hadapi skrg.

' SELAMAT HARI JADI '

NOte:
  1. Pernah bertekak mulut yg dahsyat dgn ngah, sbb sy nak itu nak ini, xnak itu xnak ini, masa nak buat majlis perkahwinan saya. Dah lah mjlis kenduri kat rmh dia, duit dia, tenaga dia.Kejam tol sy masa tuh (muka x tahu malu) hemmm....
  2. Pernah sorok keputusan utk ke KULLIAH pekan pahang. Sy xnak jd ustazah, nak jd arkitek (poyo je cita2 masa tuh...), Tapi ngah layan je sy nih, walau byk duit dia habis utk masukkan sy ke kolej swasta. Hebat dia.

p/s :

utk anis......(jiran hadapan tempat kije)happy bday jugak utk awk, smoga bhgia dunia akhirat. Thn baru, umur baru, ehem pun baru. smga anis sentiasa bhgia.hahaha. Bday awk...sama kakak sy.

Wednesday, February 3, 2010

PUasa

Puasa yg terbatal...
Terpaksa Allahummalakasumtu... di waktu asar.

Sy kalu puasa, habis satu badan, satu suara turut puasa. siksanya nak berpuasa ganti. Iman di dlm nih sgt nipis rupanya. Entah ke mana peginya atie yg dulu.

Seingat sy. sy start puasa x tinggal start darjah 3 (mak garang nak mati) selain tuh, abg2 sy yg ramai tuh bg habuan jika puasa penuh) lg pun masa tuh sy dah tggal asrama. so terdidik disiplin agamanya dr awallah. Masuk peralihan, sampai tgktan 5 puasa pun bagus. siap puasa syawal (6), x pernah ganti puasa dlm bulan lain kecuali bln syawal. Berlumba2 dgn member2 sehostel sape yg dapat habiskan dulu puasa ganti-dia bagus. Menjadi satu kemaluan jika barang siapa yg paling lewat mnganti puasa. Dahsyat tol.Hebat3 sugguh masa tuh. Kenapa lah sekarang nih teruk sgt. Tua!. ah bukan faktornya. Dah bersuami, owh tidak! lagi lah bukan faktornya. Jawapan yg tepat mmg sy dah kekurangan/nipis iman dalaman. Kenapa sy x dpt lawan nafsu @ gelora lapar dlm perut yg ada cacing je nih.(geram).
Kalu di kira2 boleh jadi miskin sy saban tahun bayar fidiyah berganda2. Tu lah thn nih rasa nak habis kan je semua puasa yg masih berhutang tuh.
Ya Allah (tlg aku bantu aku).
Dah bangga dah, bulan jan, dpt 3 hari,hrp2 bln feb lbih skit dr 3 hari tp sempat ke?
bila mau habis daaa...

Puasa yg terpaksa di batalkan dan terpaksa mnggung gantinya. Seksa wei.Sdgkan kita bkn mkn hebatpun siang ari tuh.SABAR.Mngdung haziq tiggal puasa 27 hari, bersalin kan zariff bulan ramadhan (sempat 5 hari je puasa).maknanya 25 hari.campur 2 jd 52 hari.
Mau x miskin di buatnya bayar fidiyah. Kan best kalu tok laki dpt tlg gntikan separuh puasanya. Melawan hukum Allah plak. DOsa dan PAhala sendiri Allah jua yg tahu.
Ya Allah mana ilmu agama yg ku belajar bertahun2 tuh.