Wednesday, June 30, 2010

...iBu jAHat...

Hanis...

Nak kata ibu bangga xde pun perasaan tuh, Cuma gembira sedikitlah. Al-maklumlah kakak berjaya mendapat no.1(9A) dlm exam awl thn tadi. Alaaa... baru darjah 1. Periksa pun sgt senang. Main tanda je ABC. Pastu main garis2 je.Apa2 pun ibu ucapkan tahniah kpd kakak kerana dpt membuktikan kakak mmg boleh buat dan dapat menyahut cabaran ibu.

Kisahnya...pd awal thn tadi. Masa ujian nak menentukan kelas. Ibu sgt kecewa dgn kakak. Bayangkan syok2 balik berjalan dr Langkawi. Kakak ambil test dan resultnya hancur. Kakak dapat no.73 dari 77 org masa tuh, akhirnya kakak mendapat kelas belakang sekali. Ibu sedih. Mcm mana nak buat agar kakak naik semula dlm pelajaran. Bg ibu sgt rugi kalau kakak duduk kelas belakang.

Phk sekolah mengadakan 1 lg test pd hjg bln januari utk thn 1. Alhamdulillah kakak berjaya dan dinaik kelas 1. Bestttt. ibu suka3.
Sy ni suka berjanji mcm2 dgn anak2, paling terbaru kalau ada sesiapa mendapat 5A dlm exam awl thn nih, ibu akan bw ke China (ikut trip SCG). Dgn niat semoga anak2 dpt keputusan cemerlang. Tup2 kakak betul2 membuktikan kebolehannya. Asal ajak mkn ajak berjalan, mmg kakak suka sgt, kalu bg duit pun belum tentu gembira, ibu tahu. Huh! Resah ibu, nak menunaikan janji. Serba salah segera mghantui ibu, dilema juga dibuatnya. Kalu betul2 SCG buat trip hjg thn nih, mati ibu samaada nak bw kakak atau x? Bagaimana perasaan abg Haziq yg lgsung x dapat sebarang A dlm exam tadi. Xkan ibu sggup meniggalkan dia. Huh! Malas fikir. Perkara ni buat ibu akan lebih berhati2 dlm membuat janji.hehehe.

“ kakak, boleh x ibu tukar janji ibu, bos ibu mcm x jadi je bw pegi jln2 “ kata sy pd Hanis.
“ Alaaa...ibu mmg kedek kan, dulu ckp dpt 5A boleh ikut “ jawap Hanis.
“ Entah lah kak..ibu pun x tahu, kalau betul2 x jadi pg, kakak nak hadiah apa, ibu tukar janji ibu, xkan x boleh? " kata sy lagi.
“ ok lah, kakak nak Hphone, boleh?, janji hari tu nak tgok wayang pun ibu x bawa2 lagi. Ibu ni kan suka sgt menipu. "
kata Hanis merengus.
“ hemmmmmmm....” sy senyum je lah. Budak2 skrg.

Nampak gayanya kenalah pg cari Hphone murah2 utk kakak. Hadiah tetap hadiah. Kalau dia malas belajar sy lagi susah. Duit boleh cari. Kepercayaan anak2 sgt utama/penting.

Note:
Bg ibu kakak x boleh dibanggakan lg, disuruh hafal ayat kursi pun masih blerrr, nganga dan nganga je lebih. Sebaris ayat pertama pun masih x dapat. Tergagap2.

Thursday, June 24, 2010

...dalam dilema...

Ya Allah aku perlu pertunjukmu..........

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.


Niat Solat Istikharah




Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Doa Solat Istikharah















"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Semoga keputusan sy betul dan tdk bertapi2 lagi. Ya Allah aku berserah pd ketentuan mu.
Aminnn.........

Wednesday, June 23, 2010

...dapat peribahasa...

Tanya 1 je...10 dia jawap.
Best jugak, siap dpt peribahasa lagi.
So nak taip jugak kat blog nih utk dikenang sepanjang masa.
Sy kdg2 mmg suka berbual2 kosong atau bertanya pasal kije dgn dia.
Maklumlah lagi tua usia seseorg tuh, lagi lah tebal/banyak ilmu dia.
Sy sgt percaya benda tuh.

Yg best dia nih setiap kali berckp...mesti ada contoh, mesti ada sebab, mesti ada peribahasa.
Tadi dpt satu lg peribahasa, sy x biasa dgr pun peribahasa ni:

" DAKWAT YANG PALING CAIR ADALAH
LEBIH BAIK DARI INGATAN YANG KUAT "


Faham2 kan lah........

Sunday, June 13, 2010

...pANAs...

Cuaca kat dlm rmh mcm duduk dlm microwave/oven bakar kek je, seksa seksi berpakaian x soh nak kata lah, kalu mak mertua ada, mmg dah berbekas kulit peha ni, kene cubit pusing. Kipas dah thp maximum gila pusingnya, tercabut je belum. Kalu kaya dah lama sy psg ekond. sekarang order. cisss, huhhhhhh sedap!

Otak dan nafsu sdg mencari helah, mencari sebab utk keluar rmh.
mnahbsadalkkjhhygtrenbavfa......... (berfikir)
x kisah kemana, dpt pekena ABC, huh cair liur dibuatnya. Nak tdr dlm rmh dlm keadaan mcm gini gaya pnsnya, mmg melengas la...Ah!

Bodek punya bodek, ayat punya ayat dan akhirnya.....

"ya la, cepat siap! jgn mekup tebal sgt, kita pegi dekat2 je" ckp Tok laki.

HUh, lega. Kali ni dia dpt joint sy berjln2. Bukan selalu kannnnnnn!

sesi bergambar...almaklum tunggu mknan+minuman.

Mee Udang
Mmg kuat mkn..Padahal masa nengok melodi kat rmh tadi dah mkn nasi.

Air yg sgt seksa sy nak menghabiskannya....loya tekak. Tawo plak tu. menyesal order.

Nak sikit.........

Friday, June 11, 2010

...Bini Muda...


Macam mana nak buat?
Mandi buih dah, mandi susu dah, makan jamu dah,
telan pelbagai vitamin pun dah!
Dah 7 thn bersama, apakan daya dah sampai masa
Tok Laki nak berbini lagi......
Dlm hati kecewa,
Tapi bagus juga
Inilah masanya sy nak try lenyek, nak try buli sbb nak tahu
hati 'body'
Bini muda dia.
Hemmm, dah tua sgt sebenarnya.....

Ah...
Jika bini muda dia byk sgt songehnya nanti,
Sy akan paksa dia ceraikan shj.
Habis cerita. Tp org kata (bukan sy) kalu dpt bini muda rezeki pun murah.
Doa2 begitulah.










Monday, June 7, 2010

...Along Kawen...

05/06/2010
Balik Terengganu Along kawen, sepupu sebelah Tok Laki.

bergambar dgn next pengantin...

Along dan suami...majlis kenduri & sanding bersanding je. Dia org nikah awal thn tadi. Dulu majlis terpaksa di tangguhkan krn pakcik (ayah Along) sakit.

Tumpang bergambar slps penat seharian tlg menolong tuan rmh melayan tetamu.
Sayang you all sangat2.....


Susun jgn x susun periuk2 tu....berlambak lg yg lain.

Masih mengamalkan kerja gotong royong satu kampung.

Friday, June 4, 2010

...Saje test...

Lega hari ni anak2 exam last, Bahasa Arab & Agama Islam. Semoga dia org semua boleh jawap. Malu ah, dgn bangsa2 lain yg dah mula berjinak2 dgn bahasa arab atau tulisan jawi...sdgkan anak2 sy masih merangkak2 tergagap2 apabila membaca arab dan jawi.

Pg tadi, sambil memandu keta hantar anak2 ke sekolah...

Dgr lagu Linkin park yg rancak dari radio hot FM .... sy try gerak2 pinggang, kepala, tangan kiri dan bahu dlm keadaan joget yg paling gedik. hahaha, hari ni betul2 gembira. Sy lega maklum lah budak2 last exam today.

“ ibu, ibuuuu! " panggil Haziq dgn suara menjerit.

“ kenapa? " Tanya sy, sambil memandang Hanis yg duduk di kerusi sebelah depan. Lawak, muka Hanis pun blerrrr, pelik agaknya tengok perangai sy yg over pg nih.

“ Ala ibu nak nari, suka hati ibu lah .. kenapa, x suka ke? " soal sy pd Haziq.

“ ibu dah la ibu, dah la ibu, malu org jual nasi lemak tu tengok, heeee” kata Haziq lagi.

“ hahaha biarkan, ibu x malu pun...xde pun rasa malu” jawap sy sambil slow2kan pergerakan badan yg over gedik “.

“ok, skrg ibu nak tanya abang dan kakak, kalaulah satu hari nanti, tiba2 ibu jd GILA, sape yg nak jaga ibu?”


Diam. Haziq diam je. Berfikir kot. Sebenarnya saje nak test perasaan dia org nih. Sape yg lebih logik fikirannya.

“ ala kenapa ibu nak jd gila, kakak takut, mcm mana kakak nak jg ibu, takutlah “ jawap Hanis. Ok masuk akal.

“ Haziq, nak x jg ibu ni.. kalu ibu gila” Soal sy lg pd Haziq yg diam terus kat belakang melayan adik Zarif yg byk songeh.

“ heee, xnak lah, malu dgn org” jawap Haziq. Tuk, rasa berdetik dlm hati ni..kecewa.

“ kalau ibu sakit, nak x jaga “ soal sy lg pd Haziq. Maklum lah masih x berpuas hati dgn jawapan tadi.

“ermmmmmmmmmmm...hantar hospital lah” jawap Haziq.


Bila difikir2...jawapan haziq mmg total mengecewakan. Mugkin dia x cukup kuat syg pada sy. Atau sy yg selalu lebihkan adik2 dlm apa2 perkara, X pernah ada beza. Kalaulah jwpn Haziq td sdp2 didgr..contohnya:

“ Alaa..ibu xkan jd gilanya sbb Haziq akan jg ibu, syg ibu, tgok ibu, dgr ckp ibu “ huh! Bestnyalah, rasa sy manusia yg plg gembira didunia. Hehe

Apa apa je lah.

Tuesday, June 1, 2010

...NAK JeriT...

rasa nak naik bukit banjir sekolah rendah sy dulu2 yg ada 104 anak tangga tuh
AND jerit kuat2.
rasa nak benam muka kat bantal AND jerit kuat2.
rasa nak psg lagu dlm keta yg volumenya tahap maximum gila AND
jerit kuat2.
Tahap kesibukan dunia sdg melanda.........
Tp sy akan tetap tersenyum dan akan pastikan bual bicara tetap sama
Menyorok serabut minda ni..seperti biasa..

Kdg-kdg menyanyi kuat dgn lirik hentam tabur,
Kdg-kdg berckp merepek entah apa2 x masuk akal,
Kdg-kdg X ambil pusing hal2 sekeliling dan berkata dlm hati.. "ah! lantak kau"

Cepatlah masa berlalu..
Semoga masa tenang sy akan tiba...
Semoga masa tidur lena puas sy akan mencukupi..