Wednesday, September 30, 2009

cUTi RaYA

Alhamdulillah...

Akhirnya dpt juga sy cuti panjang balik kg beraya. Terima kasih bos2 SCG kerana meluluskan cuti sy. start cuti 18/9/09 to 29/9/09 maknanya 12 hari sy bercuti. Best gila.

Dpt le berjumpa sedara2 kat kg. Kat Phg kat Tngganu. semua sy jelajah. Maklumlah sy ni jenis balik kg setahun sekali, Bukan anak derhaka ya!, tp mmg org tua dah xde. kalu balik kt Phg pun tdr rmh kakak. Rmh arwah mak pun dah 17 thn sy x jenguk. kata org kg, rmh tu dah runtuh. Biarlah, jgn ada setan, jin, org bunian atau hantu yg duduk dah la. Seram sy.

Sebelah tok laki plak, mmg mak mertua tggl sini, atas rmh je, naik tgga 2x dah sampai, so x heran la. Selama kawin mmg x pernah raya dgn dia pun. Harap2 mak x kecil hati. Walau kita x raya sekali, tapi mak tahu sy syg dia lebih dr mak sy sendri. Dialah mak dan kawan yg paling sy syg dan selamat bg sy. Pernah 1 masa dulu, masa tu sy pregnant anak no.3, sy alami masalah & tekanan paling dahsyat dlm rmh tgga. Nasib ada mak mertua yg setia disisi. Sy rasa x semua org dpt mak mertua seperti sy. sy BANGGA.

kepada semua

SELAMAT HARI RAYA 2009 _MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

May Poh

Hari ni... 11/09/2009 jam 6.30 pg. May poh dah xde.

Tuhan lebih syg kan dia. Dia accident masa nak pg sekolah. Motor yg langgar, dia melambung kmdian di gilis keta plak. Mati tmpt kejadian. Terkejut sy dgr.

May poh ni sebaya ank pertama sy (9 thn), ank tunggal, budaknya cantik....comel sgt, mak india ayah cina.nakal tu biasalah, budak2. Yg paling sy suka dia ni, dia ckp org putih cair. Sy yg tua ni pun malu dgn dia. Masa dia duduk dgn sy musim cuti sekolah yg lalu(bln 12). sempat juga sy dan anak2 belajar ckp org putih dgn dia. Sy selamba je, dlm rumah sendri, apa nak malu.hehehe

Semua tu hanya tggal kenangan. Mungkin ada sbb tuhan ambil dia cepat. ALLAH je yg tahu. May Poh yg sy nampak....mcm anak terbiar je. Ayah bawa teksi, masa kije x menentu. Mak dia plak seorg penagih yg dahsyat (dadah), baru je 6 bln keluar pusat.

Dulu dia selalu dtg melepak depan pagar rumah sy. main dgn ank2 sy, kejamnya sy ms tu, "main kat luar je ya, jgn masuk dlm, acik sibuk la" kata sy pd May Poh. Asal sabtu ahad je dia dtg, segala benda mainan dia bawa. Sabor je.Mcm nak berkmpung dpn rmh sy.Lama2 entah kenapa cabul mulut sy bertanya. "May Poh xde kawan lain ke, ari2 dtg sini, mak ayah x marah ke?" soal sy pd dia. Maklum la geram kan anak2 yg leka sgt, ajak mkn pun susah.Terkedu sy bila dia jawap, "mak xde, ayah kije, mls nak kwn org lain, semua ejek2 sy, sy x suka, anis (ank sy) baik" jawap My Poh.

Bila di soal selidik mcm2 baru la sy tahu, kesiannya hidup dia. Sy ni jenis cepat kesian budak2. Sy cite kat tok laki sy.X sgka..."ajak je lah dia duk sini" kata tok laki sy. Start situ dia dah mcm anak sendiri, baju haziq jd baju dia, katil anis jd katil dia, sy x kisah pun.kdg2 tidur rmh sy..kdg2 dia balik rmh, ayah dia ambil. Sy tgok hidup dia ceria. Cuma ada masa sy pg jln jauh2 sy x bw dia. Kesian jg, tp biarlah. Ayah dia x izinkan.

Semenjak mak dia kuar pusat dn balik rumah, kami mcm dah terputus hbgn. Sy pun x ambil tahu hal dia. Kdg2 nampak baru tegur. Biarlah hidup dia dh kembali sempurna semula. Ada mak ayah disisi.Kdg2 terserempak (bl mak dia xde) sy hulur2 je brg siggit dua. Harap2 hdup dia bhgia. Entah dlm hati sy benci mak dia (bodoh!, buat benda karut x fikir anak).

skrg sy lgsg x nampak kelibat may poh lg, dia dah xde selamanya. Dia dah di pggil ILAHI, krn kelalaian mak dia sendri. melintas jalan besar terlepas tgn. Kesalah yg xdpt diterima akal. Tpi semua tu drpd ALLAH. ALLAH je yg tahu.

Friday, September 4, 2009

Pelupa

Pagi tadi macam biasa hantar haziq (ank no.1) pegi sekolah, ari ni awal sikit 7.21 dah sampai depan pintu pagar sekolah. Maklumlah cover kesalahan sy semlm, mana xnya, sy dgr loceng sekolah dah brbunyi, sy baru sampai selekoh sebelah kanan sekolah dia. Lambat la haziq masuk kelas, masa tu sy tengok jam keta dah 7.35. Kesian dia, semua salah sy sbb PELUPA.

Kisahnya semlm, beg sekolah dia tertinggal..geramnya. Biasa mmg sy yg bw, entah kenapa pg tu boleh terlupa. Kalau lah lesen sy yg trtinggal sy selamba je. Ini beg (ada buku2). xde maknanya pegi sek x bw beg kan!. so terpaksa pusing balik kereta. dahlah rumah tinggi kene naik lift. Sabar je la. Haziq kata dia kene cubit pusing kat perut, "sakit ibu, tu lah semua salah ibu". Kata haziq. Sy diam je.
Kesalahan sy tapi anak yg dapat akibatnya...sian dia. Maafkan ibu.harap2 lepas ni xkan lupa lagi.

Wednesday, September 2, 2009

bUKa pUaSA

Ari ni kene buka puasa rumah mak (mak mertua). x boleh x. mesti, wajib! kalau kata x sudi kang, habis seminggu merajuk ( diam x bercakap2)
sy ni x kisah buka mana2 pun... rumah mak ke, rumah sy ke, semua sama, tetap masak.
yg penting tok laki dan anak2 joint.
Mak kata nak buat bubur lambuk......hemmmm bestnya. x sabar nak balik.