Monday, August 22, 2011

...datang dan pergi...

Alhamdulillah.........
Hari ni dah masuk 21 ramadhan, thn ni senang nak kira berapa hari pose sebab start 1st day ramadhan = 1hb ogos, so senang je kan nak tahu, x payah kira tolak campur bagai. Silap-silap raya pun dah x payah tggu pengumuman kat TV tu .hemmm

~ Seingat sy kalu zaman sy kecik dolu2, sy belajar pose darjah 3, dalam hati masa tu: sape pose dia hebat..huhhh 'HEBAT' (padahal dah duk asrama malu la x posekan & abang2 sy yg reramai tu asyik umpan pose penuh upah duit 30 hinggit) Mahu xnak. Bukan susah pun pose. Jika pose boleh jd kaya - tp ada juga ms menipu ms pns terik mandi lama2 opss tertelan air. tersengaja/tertaksengaja.Allah je tahu.hihihi
...anak2 sy, haziq 11thn: puasanya hebat, sy percaya dia 100%, dia ada perasaan malu jika meninggalkan puasa, syukurlah. Anis 8 thn: yg ni berat sikit sy nak bercerita..maklumlah pemakan orgnya. Puasanya setakat hr ni belum tinggal lg. Tp dia punya penat puasa mengalah... kalu balik sek, tak sempat buka bj daa..terus tdr hujung ptg br bangun.heee

~ Dolu2 kalu sembahyg terawih paling syok. Sbb sy dpt 4in1, dpt keluar asrama/rmh waktu mlm, dpt sembahyg d masjid besar yg hanya 15 langkah dr rmh sy, dpt mkn free mcm2 kuih kat masjid, dpt mngulor curi2 balik rmh sendiri cr mknn yg mak masak (masa duk asramala). Bestnya zaman tu....
...skrg haziq seperti mengikut jejak langkah, apa taknya buka pose laju2 jam 8.00 dah panas punggung nak pg terawih. ce pikir logik..dia ingat sy budak2 tak faham niat/tujuan dia awl bebenor nak ke surau. Adalah yg syok menunggu kat luar tu. hemm. Xpeeee' bln pose kan bulan kelepasan bulan kebebasan bulan anak2 menjadi apa yg dia inginkan. Sy hanya memantau dr jauh, biarlahhh.

~ Kpd semua keluarga, saudara-mara serta sahabat handai....selamat melipatgandakan amalan di mlm2 terakhir ramadhan kali ini. Bulan ramadhan sudah berbaki 9 hari lagi...Apakah kita semua dpt manfaat di dalamnya?...(sbnrnya peringatan utk diri sendiri)....

NOte:
Mood happy sbb tak sabar nak balik bercuti ke kg, Tahun ni giliran sy..beraya di Maran la kita.