Thursday, September 29, 2011

...layannnn, jom!...

Sinopis Cinta Elysa:

“CINTA ELYSA mengisahkan dilema seorang pemuda, Aril yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang memusuhinya.

Kerana anak-anak lelakinya masih kecil, sebelum bapa saudaranya Jasman meninggal dunia, Jasman mahu dia menjaga seorang anak gadis dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.

Dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. Ibu saudaranya yang membencinya menjadi penghalang, bagaimanapun cintanya dalam diam pada sepupunya Elysa mengikat kuat hatinya di rumah itu. Ketika dia dihalau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, dia nkad membawa Elysa lari bersamanya. Dia kembali menjalani kehidupan sebagai samseng, demi kehidupannya dan menyara Elysa tetapi ditegur Elysa yang mahu Aril mencari rezeki halal deminya dan Aril menerima teguran itu dan beralih berusaha mencari rezeki yang halal demi insan yang dicintainya…”

emmmm..........fasha sandha. Minat gila beb!

NOte:
cepatla minggu depan...nak tengok/layan lagi cite ni...Apa! ingat cite melayu x best ke
! hemmm

Tuesday, September 27, 2011

...salah siapa?...

"abang! cuba mengalah sikit ~ jgn usik adik boleh x?, kan abang dah besar"
Itulah antara perkataan yang sering kali meniti dibibir seorang ibu atau ayah jika berlaku salah faham diantara anak2. Yang pasti dipersalahkan ialah yang lebih tua. Perkara yang menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, yg lebih tua pasti lebih matang dan perlu memberi laluan kepada yang lebih kecil.

Walaupun dia lebih besar dari segi usianya daripada adik2 yang lebih kecil, dia masih memerlukan kasih sayang dan sentuhan manja ibu bapanya. Jika anak ini tidak dapat apa yg dikehendaki daripada ibu bapanya dia akan membina perpepsi bahawa ibu ayahnya sudah tidak sayang kepadanya, dan mula membenci adiknya. Perpepsi ini boleh menimbulkan dendam akibat cemburu yang kritikal.

Jangan selalu menyalahkan yang sulung jika sesuatu perkara berlaku. Siasat terlebih dahulu. Tegur kedua-dua pihak. Berikan hukuman yang sama. Jangan pula hanya menghukum yang sulung tetapi memberi keringanan kepada adik. Elemen2 ini akan menjadi titik permusuhan dalam famili dan membuat anak merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Berilah peluang dan ruang kepada anak sulung kita. Jangan ketepikan dirinya. Walaupun pada dasarnya ibu bapa merasakan apa yang dilakukan sesuatu yg menjadi kebiasaan dan betul, anak perlu diberitahu dan diberi ruang untuk memahami sesutau yang baru berlaku dalam sekolah kehidupanya.

HANYA PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI....hehehe (sbb ibu selalu marah abang haziq kan!)











NOte:
  • Sebenarnya, siapa yang tak sayangkan ank per1 mereka kan?...dah kata nama anak! yg nombor berapa sekali pun memang sayang...memang 'i love you la'. hemm
  • Abang Haziq...ank per1...harap benar2 menjadi abang harapan ibu suatu hr nanti.

Thursday, September 22, 2011

...open office - SCG...

selamat hari raya dr kami warga SCG. maaF zAHir BaTin

TERIMA kasih kpd big bos dan yg seangkatan dgnnya la sbb buat makan-makan sempena Syawal tahun ni.
Terima kasih daun keladi...hehehe

Tuesday, September 20, 2011

...PERKAHWINAN 03...

sedara kawin lagi - kali ni sepupu sebelah tok laki plak
Lokasi - Kuala Berang, Terengganu.
Hari/Tarikh - khamis, jumaat dan sabtu bersamaan 15/16/17 hb sept 2011.
Memang meriahlah kenduri kendara si Aciey ni.
Sy nampak sedara & sahabat handai seluruh negerilah dtg memeriahkan majlis ini. Alhamdulillah.














selam
at pengantin baru buat Aciey dan suaminya, Faizal. Semoga dapat menjalani kehidupan berdua berkeluarga dengan penuh kasihsayang, sabar dan saling hormat menghormati. Semoga cepat dpt baby.

Monday, September 12, 2011

...cuti/EL...

x kije sbb jaga anak2...mak mertua x sihat....
yeyeye tidor puas-puas.hemmm

...jGn GanGGu la wei...

memang senang untuk mengungkapkan ucapan "sy dah xnak sy dah xminat @ sy dah xsuka”
tapi
xcvcdahskeswjrpoikmnjdkiiuytwrda.............

sy ni kalau berkawan mmg sampai ke mati lah berkawan. Terutamanya yg pernah menjadi shbt baik. Kisahnya, dia adalah kawan sebaya,seasrama, kwn yg pernah menjadi contoh & rujukan dlm pelaran dlm agama….berbelas-belas thn x jumpa. Mestilah sy ikhlas………….sgt excited.

Tapi malangnya bg sy, pertemuan kami adalah `bisnes’ bg dia…..2 minggu sy membazir masa..mengikuti kehendak dia………Mengikuti kelas malam, mendengar ceramah dan perkenalkan sy kpd teman2 bisnesnya. MasyaAllah teruja rasa, ini bukan lakonan……manusia2 yg sy jumpa di sana semuanya kaya raya…(entah2..entah2... mereka lbh kaya dr bos3 sy).

2 minggu jugak rmh tngga sy terbengkalai, siang bekerja, mlm bisnes & hjg minggu mengikuti program yg sudah ditentukan… jln2 cari makan jln2 cari kawan jln2 cari bisnes.

Apabila sy sedar yang sy x mampu…

Semuanya sudah terlambat, Wang ringgit senang2 je sy beri padanya rm2500.00 beb!…lopongggg. Termasuk memberinya alamat rumah alamat tmpt kerja……skrg adalah waktu rimas sy mengenangkannya….Inilah kesilapan sy.

Tolonglah…jgn cari sy lagi: sy x pernah hutang duit mahupun harta benda kamu!!!!!!!!!!!!!

Sy masih SABAR….

Note: Janji kamu utk membawa sy ke Holland sgt mencuit hati (MLM x haram kot…tp menipu adalah dosa2 besar).