Friday, July 29, 2011

Kata-kata yg paling ringkas dan tenang dlm entry kali ini: ...
"xpe,kita sabar je"...

kelayakan Piala Dunia 2014...t A M A t...

Thursday, July 28, 2011

...bola bola bola...

maaf la ye...dah x boleh nak kata apa daaa
drpd hari sabtu lagi sy menunggu..
episod balas dendam

selepas tewas 5-3


terpinjam gambor comel ni drpd mana eks?...sory and tQ

mamat no.10 ni lagi satu...
bagi je 10 gol mlm ni..(tahu x msk akal-sajeeee)
semoga aksinya malam ini menjadi...

Diharap skuad harimau malaya yg turun bermain
bertemu Singapura mlm ini
bermain la dgn sepenuh hati serang la habis habisan
bertahan la selagi daya, cuma jgnlah sampai mati matian.
daaa tatatititutu cau dulu

Wednesday, July 27, 2011

...marah...
Hati sy penuh benci penuh geram. Semua perkara yang sy lakukan hari ini
x menjadi-x kena-x tentu arah.

kalulah si polan tu ada di depan mata ketika ini,
mahu saje diterkam
ei'ei'ei'e
i...geramnya!

Tuesday, July 26, 2011

...gigi...

Dah seminggu hanis anak dara sy yg seorang tu ada masalah gigi. Gigi susunya masih elok masih kekal masih kuat masih teguh tetapi sudah tumbuh gigi kekal di bahagian dalamnya. Aduyai masalah betul, tipu helah apa lagi sy perlu katakan/fikirkan utk membawanya ke klinik-buntu. Apa lagi idea yg boleh diguna pakai....hummm.

Maka ilmu abang google amat bermakna, ini salah satu pembacaan yg sy berkenan:

" Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…"

Friday, July 22, 2011

...1 s a h a j a...

MALAYSIA vs CHELSEA (21 Julai 2011)

Kenapa tak percaya ke?hemm

Mengambil kesempatan yg ada, memandangkan kelas malam/tuisyen anak2 ditunda ke malam esok (jumaat) jadi bertepatan sangat la dgn nafsu nafsi sy & Tok laki yang sdg membuak2 nak tengok bola friendly MALAYSIA - CHELSEA.Tengok kat rumah xde feel kan!

“Jom pegi Fazlina Maju (restoran m_m_k 24jam), siapa lambat kena tinggal” kata Tok laki kpd kami anak beranak.

Malaysia tewas - 0 Chelsea menang - 1 (Drogba minit ke- 78)

Yir..yirr, YES!!!!!, Malaysia mmg kelasss you All. The blues menang!, pelisssssss itu pun gol/jaringan yang penuh kontroversi.

Malaysia mmg boleh..

1 gol aje??!!!! Chelsea...kan hebat tapi.... 1go aje??!!!!

Ikhas cakap sebenarnya bola sepak Malaysia sudah banyak berubah..."i like”

Pasukan dibawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee ini dilihat lebih stabil dari semua sudut kecuali bahagian serangan, maklumlah Safee Sali not in the group kan!. Kalu tidak mahu kalah 2-1 Chelsea di kaki Malaysia.The blues pun nampaknya telah bermain dengan bersungguh-sungguh, malu besar weh kalu mereka kalah. Tendangan percuma itu tidak la secantik mana. TQ buat linesman yg bertugas.hehehe

Tahniah diucapkan buat skuad Malaysia ini kerana berjaya memberikan kemenangan tipis, kemenangan yg akan diingat oleh semua rakyat Malaysia yg menggemari mengikuti bola sepak. Kpd yg fanatik meminati the blues jgnlah ego benar.

Semoga Andre Villas Boas, Drogba, Torres dan keseluruhan Blues team tak lupa MALAYSIA FOOTBALL...Malaysia juga hebat!. Skuad kita juga mempamerkan aksi yang menarik ya...

1 aje??...hahahahahaha


Note: Bilalah "L. Messi" nak dtg Malaysia kan...?