Tuesday, February 28, 2012

...MC dan KebETulan...

Untuk pengetahuan semua...
Today sy masih dalam keadaan cuti sakit....bukan mc beli or apa2 yg seangkatannya. Sebab sy x pernah menipu dgn mc sy. kalu sy sakit sy ckp sy sakit, kalu sy letih dan mengatuk sy ckp alasan apa yg berlaku keatas diri sy dan jika sy pening yang menyebabkan tekanan darah rendah serta muntah2, apa yang boleh sy buat. Jumpa doktor : terima mc seadanya. Ucap terima kasih, daaaa selesai.

Mulut mungkin berkata lain tapi hati nih Allah je yg tahu. Jika ada yg tidak berpuas hati boleh terus call doktor yang merawat sy. Nama dan no.telefon ada tertera. X perlu pertikai sebab musababnya. Kebetulannya mmg selalu terjadi. Nak buat mcm mana kannn?...asal pas berjln2 mmg sy penat dan kepala mereng2..mgkin sy lewat telan ubat tahan sakit agaknya la. 

Kebetulan bila mc jugak masa tu lah BOS itu ini cari, bila duduk bergoyang kaki kat kerusi di opis tuh..x plak dia mencari. Sy perasan sgt kebetulan nih. sabar je kan. Apa2 pun selepas sy call BigBoss tadi, semua perkara telah jelas.Tq memahami. "Jgn cari sy lagi nooo...esok sy dtg. InsyaAllah".

Harap Maklum

Monday, February 27, 2012

...Jln Jln Melaka bandarRaya bersejarah...

Jalan ke Melaka sabtu tadi 25.2.12 bersama suku drpd my family amat menyeronokkan cumaaaaa agak memenatkan. Tobat penat! habis sakit urat badan nih, sakit belakang, segala sendi lenguh dibuatnya. Hemmm, jumaat sy bercuti utk pulang ke kg (Maran) kononnya semua org yg nak ke Melaka xnak ikut KL jd walau tanpa persetujuan dihati ni...ikut jelah suara ramai tuh, pg Melaka ikut Pahang ikut Bera ikut Felda bukit Rokan ikut Gemencheh dan ikut apa2 tah lagi...cukup menyeksakan dirasanya, aduihh. Rombongan cik Normah bermula pukul 10.30pg tup tap tup tap sampai agak lewat ptg campur sesat masat pukul 5 lebih baru sampai . Kebetulan waktu sy dtg tu jln masuk ke bandar Melaka sgt sesak..2 acara besar sdg berlansung Le Tour de Langkawi and Karnival Jom Heboh. Rasa nak patah balik pun ada gak xbaik menyesal...tapi sabar je kan dan akhirnya kami pun sampai. Meh layan gambar sy yg x seberapa....muka penat + melengeh!

Naik beca `come lote hiasangnya'
telinga didendang lagu baru Yuna ms kami naik, 10mnt - RM15.
Azan magrib baru kami keluar dr A Famosa nih, kemudian menuju ke Pantai Glebang...menyinggah di rmh abang, pertama kali seumur hidup sy ke rumahnya.
- teruk betul - Gambar pun xde.


Note: 
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511

Tuesday, February 21, 2012

...azan berkumandang...

RAsa syahdu....
( suasana di opis )
Dah lama kerja kat SCG, hari nih baru sy dengar seruan azan yang amat jelas amat kuat masuk ke cuping telinga kanan nih. Betul2 azan Asar baru jap tadi membuat suasana sekeliling sunyi sepi - sgt sepi -
Harap lepas2 nih jiran kanan sy si azril tetap mmsang 'hot.fm'...sy suka!
Walau peratusnya (azril) lbh tinggi kpd lagu2 duniawi....tetapi apabila terdengar azan seperti tadi. 
Bersih sedikit hati ibu nih.












Bayangkan suatu hari staff SCG begini...... - senyum -


NOte: ????????? Ya Allah layakkah aku?

Thursday, February 16, 2012

...MiNi noVEL...

Khas buat kakak anak dara ibu yg seorang nih....
Maaf atas segala perbuatan ibu pagi semalam. G E R A M tahap maksimum nampaknya. Kakak fikir dalam2 ya...ibu mana x marah ibu mana x pukul ibu mana x menangis.....kakak x sekolah tanpa sebab yg kukuh. Sakit x, pening x, demam x, mungkin ngangtok @ dendam kat abg haziq kot!...tu yg membuat ibu G E R A M. hemmm.
Kesimpulannya anak2 ni sgt berbeza perangainya....tetiba teringat arwah mak dolu2 mengasuh kami adik beradik 11 org tanpa bantuan org lain, suami xde...nanny xde...wang ringgit x byk...kerja sendiri...just menuai padi kot. Bila teringat zaman miskin perit dolu2, sy jd insaf dan anggap cabaran membesarkan anak ini sbg 1 amanah Allah. Zaman dah berubah.
Kisah pagi tadi....*mungkinlaaa*. sbb utama kakak bt perangai krn marahkan abg Haziq kot...Dia nih jenis x boleh kena pintas mandi pagi2 - wajib, kakak mandi dulu. Abg pun 1..asal rabu berebut utk mandi dulu. Hari rabu adalah hari koko kat sek. hari terbuka hari yg bleh main2 mana xnya berebut2 utk ke sek. x sempat alarm berbunyi pun ... hemmm
Ibu bagi special servis lg utk kakak....ibu htr sendiri ke sek, dpn pagar lg, tlg bukakan pintu kereta lg. tapiii masih x mau masuk ke sek jugak...seperti magnet yg melekat pd besi je tetap membatu dia.aduhhh.

"turun, masuk sekolah skrg kak" ckp sy nada biasa2 je. nada permulaan.
kakak diamm....pastu huk huk menangis.
"turunlaa, masuk sekolahlaa...rugi la kak x belajar hari nih!"
kakak diamm...yg dgr huk huk nangis lagi...aduhhh...sy mula hlg kesabaran.
"mu nak...cikgu pukul sekali (sbb waktu class dh bermula) atau ibu pukul byk kali? mu pilih"...nada sy agak keras. hangin kan.
kakak masih diam...
"turuuuun!!!!, keluaaarr!!!!". sergah sy. sy tarik kaki tangan badan beg tudung baju kain rambut dan entah apa2 la lagi, bagai singa betina kelaparan nampaknya, bagai org gila meroyan pun ada gak.adehh tetap keras membatu gak. hemm

Setelah habis ayat pujuk ayat sentap kuar dr mulut nih (x mkn gak si kakak nih). Terpaksalah mengalah...start keta balikla jawapnya. Mood G E R A M lg...bebel dan bebel dan bebel.nasibbbb.
"Hari ni sbb mu x sekolah mu sekolah dgn ibu, ibu nak mu hafal sifir *4* menaik dan menurun laju2...dengar x?"...kata sy dgn nada mrh. xde kesian dah. Sy mmg seorg ibu yg baik yg lembut yg boleh dibawa gurau yg bleh di ajak layan permainan batu seremban kan dan kdg2 sgt romantik bak kata kwn2 & cikgu haziq tapiiii....kalu berPERANGAI comel dapat la kan!.
Huk huk kakak masih menangis lagi....
"DENGAR tak ni?" soal sy
"d e n g a rrr"...jawap kakak dgn nada suara tenggelam timbul je.
"Pas dah dpt hafal sifir mcm nyanyi lajunya...buat Math tu & B.m semlm yg x siap...10 muka surat, dgr tak?" paksa sy lagi tapi yg ni saje2 je...(dlm hati) sbb xnak dia x sekolah tapi mengarut tengok tv je berjam jam.
"yaaaa" jawap kakak.
"ok, kalu mu x buat apa yg ibu suruh..mu tahulah jawapnya ptg kang" kata sy lg.hemm.

Perjalanan balik dr sekolah... utk memujuk kakak yg sgt teruk sedu sedannya menagis teresak2...sy singgah di Flexci food restoran utk minum2 dulu pekena ns lemak & roti canai bagi memujuk kakak - finish.hemm. Pasal sekolah mmg sy x bg muka, darjah 1 dulu xpelah. Teruk gak dia kena dgn sy semalam. Maaf tau kakak. Niat ibu pukul sbb sayang bukan sebab benci. Harap kakak ingat sampai bila2.  
The End.
 ~ Teman ibu yang setia ~

NOte: Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik.




Wednesday, February 1, 2012

...Simpanan Hari Tua...

Perundangan Islam secara jelasnya telah menggariskan panduan pembahagian harta bergantung kepada tatacara pembahagian dan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang. 
Bagi saya, pembahagian harta ini perlu mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan bertimbang rasa di antara ahli waris dan bukan waris. Pertalian kekeluargaan tidak perlu di putuskan walau nama tidak diletakkan oleh si mati, betul tak?

Thanks kpd `Yus’ isteri kpd kwn kat opis krn telah sama2 pergi ke KWSP tadi untuk menjadi saksi `penamaan semula’ kwsp sy maklumlah nama adik Zariff masih belum diletakkan dahulu. Cara sy letak nama utk pewaris tadi...mmg sgt berbeza dgn Yus...biarlah mungkin kita punya sebab dan alasan yg berbeza.

Sy tetap kekalkan dua nama insan 'itu' dlm pembahagian waris wang kwsp sy. Cuma beza dan maaf ya syernya kecik shj. Walau sy telah bkeluarga....korang tetap dihati dan tetap kekal begitu sampai bila2 pun.  InsyaAllah....


NOte: Apa2 yang akan berlaku pada masa hadapan....???? (berdoa saje yang baik2)