Wednesday, December 8, 2010

...jln - jln...


Permandangan yg sgt cantik, mcm2 ada!


Malu gak, maklumlah dah heboh sekampung, seflat dan seseluruh keluarga sy serta mertua kononnya nak pg ke Beijing, China hjg thn nih (2010 - opis trip) Waawaawaa....sedih2. Percutian yg x menjadi. Alasan apa kita beri pun..dah ketentuannya. Mungkin ada hikmah di sebalik ketidakjadian ini. Mana tahukan percutian SCG kali nih di tukar dgn wang ringgit yg berbaloi2. Waawaawaa. Soronoknya. InsyaAllah. Sy PERCAYA dan SABAR.


SO kesimpulannya,

Bagi menghabiskan belanjawan tahunan family atau lebih tepatnya mengisi ruang cuti sekolah pd hujung thn dgn kegembiraan perasaan anak2, sy dan Tok Laki membawa anak2 berjalan2 ke Time Square..SAHAJA!.


Program awalnya adalah ke Genting Highland tapi byk sgt rintangannya. Org ni kecik hati lah, org tuh bergenang air matalah kene tinggal, org sana marah-marahlah, org sini kata macam-macamlah, org sanun kata bahayalah. So keputusan muktamad dr sy senang shj batalkan rancangan ke Genting Highland dan terus ke Time Square.


Time square tempatnya biasa shj. Sy bagi 3 bintang, bolehlaaaa. Selamat utk anak2 bermain dan paling penting semua org-org sana, sini, sanun tuh tersenyum. Menjaga hati org2 sekeliling kita adalah tindakan/perbuatan paling mulia.hemmm.


Haziq, Hanis, Zariff dan Zaidi (adik NJ)