Tuesday, July 17, 2012

...jUsT wAit N sEe...

 OMG!!!!!! bleh bw hp ke sekolahhhhh.

Dah lama tak menuliskan...
Malam td terdengar berita kat buletin utama tv3.."budak2 sekolah dah boleh bw hp ke sekolah thn depan". Owo'o betul ke apa ha!.nyesal pulak x dgr berita tu fokus2 jelas2 betul2, hemm hujung2 telinga je dgr semalam. Isu hangat nih.

So hari ni dtg awl kije search google dulu cerita ni *bawa hp ke sekolah* dan hasilnya ni la yg sy dpt utk bacaan kamu:

   PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
   Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
   Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
   ''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.

Pendapat kamu mcm mana?
Entahla pendapat PERIBADI sy tetap tdk berapa SETUJU. Membawa hp terlalu BEBAS ke sekolah tak syok la tak baguslah: takut lain jdnya nanti. Tetapi jika sebaliknya, hp dibawa dgn syarat berwajib atau atas keadaan tertentu mmg perlu la kan..takut hancur anak2 nanti. just pendapat sy aje.

Note:
X pernah terfikir nak bekalkan hp kpd anak2 waktu persekolahan mereka....walau kat rumah tu ada 3 hp yg terbiar.