Saturday, January 21, 2012

...makan durian tapi rasa chili padi...

"ORANG yang sangka dirinya baik tetapi 
mengata buruk tentang orang lain itu 
sebenarnya lebih teruk 
daripada orang yang berbuat jahat".

Tapi sy tetap kutuk ayu Raudhah......
Apa dosa dia pd sy kan?
Semoga sy segera mendapat petunjuk. Aminnnn.


...seDIkit uJiAn pd aWAl tAHun...

Sekarang musim budak2 demam ke apa ha?...
Pagi semalam hantar adik Zariff pegi tadika..terang kelas dia. Ramai budak2 absent. cikgu Pidah cakap ramai budak2 demam. kesian. Adik start demam hr selasa lg and rabu berjangkit plak pd abg Haziqnya. Panik dibuatnya, Tapi kena lah bersabar kan! Pakej demam kali nih lengkap dgn batuk, selsema dan sakit tekak. Kalu bangun pagi sibuk la masing2 nangis sambil ‘berehem ehem ehem’  mengadu xde suara. Adik demam malam shj siang tetap aktif - Abg Haziq plak siang malam melepek berselimut, badan panas berdeheng tapi tetap cakap dia kesejukan. kesian betul  sy melihat keadaannya. Harap abg Haziq betul2 demam biasa demam normal bukan demam stress pasal kije sekolah yg berlambak2 tu atau demam denggi bak kata jiran sy. Huh!

Disini ada sedikit tips untuk para2 ibu yg menghadapi keadaan seperti sy. Thank doktor google:

Jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. 

1. Kalau boleh anda ambillah cuti.
Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.

2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik. Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.

4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?
Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.
Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.

Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah.

Wednesday, January 18, 2012

...nEw boRn...


TAHNIAH kpd Awang dan Laa diatas kelahiran/kedatangan cahaya mata yang sangat comel kelmarin di hosp.Selayang....hemm nama belum ada ya..bak kata adik zarif (my son) nama baby baru ni "Mek chalamah la ibu" (versi pelat), hish hish x moden langsung.."kita org `KL' lah dik!"...x main le nama mek mek ni.
Berat baby girl ni hanya 2.35kg dan lahir secara normal...uiihh...tapi jenuh jg nak keluar tu..maklumlah Laa masuk hospital dr 8pg 15hb tup tup bersalin pada 16hb malam.Tak ke azab tu tapi Allah je tahu nikmatnya, siapa yg pernah menjadi ibu dan merasa proses melahirkan/bersalin, dia tahu dia dapat rasa dahsyatnya rasa sakit tetapi sekelip mata boleh lupa segala2nya selepas melihat baby yg dilahirkan. Besarnya kurniaan MAha ESa kan?.

NOte: Rasa nak pinjam baby nih bw balik rumah, bolehla bolehla.

Sunday, January 15, 2012

...nothing...

 Sy x tahu perasaan kamu ketika ini...
 tapi bila sy dengar lagu leleh gila ni dan ingat kenangan kita...
 tiba-tiba kamu duduk difikiran.....(tahi kucing la)

Everlasting love  by Gerald Joling

It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide

It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase

Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Should you ever
Have any doubt bout you and me
Please don't ever
No love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

NOte: walau berpuluh tahun lamanya....
           Lagu ni tetap no.1 paling romantik di dunia.
        

Sunday, January 1, 2012

...tak mo...

Tepat pukul 12.45 tengah malam.
Masih melepak rmh mak masih tercangak dpn laptop..buat muka x malu je, walau tuan rmh dah tidur terlentang x sedar2 tapi sy masih x reti nak balik x reti nak tutup lampu ke apa ha? maaf ye mak, mlm thn baru kan..lepak ah!
nak tdr mata tak mo lena sbb tadi dengar mercun pung pang pung pang kat bawah rmh. Rasa semua orang celebrate New Year kot, sy tak celebrate ok!, paling-paling pun duduk lah depan tv tengok persembahan artis. Dolu2 adalah gak masa umur muda belia, pegi menambah serabut kat dataran merdeka tu, lepas kena raba dek tangan berbulu2..mak ai tobat tak mo pegi dah.sumpah!!! itu terakhir-xde faedah ok. dah set kat dlm kepala pun.hemmm

~ Selamat tahun baru ya semua! ~

Sbnrnya kalu boleh sy tak mo tahun baru...kalu boleh la kan!
tak mo habis tahun 2011 pasai tahun ni tahun sy merasa byk kebahagian...sape yg mengikuti tulisan sy dia tau la.Seluruhnya...pasai tok laki,anak3,family,teman2, duit, kesihatan dan macam2 la lg. semuanya Alhamdulillah. TQ ya Allah. sikit2 dugaan tu redho je.
Pasai apa sy tak mo thn baru sbb dlm otak hanya fikir pasai abg haziq...first exam dlm hidupnya, cewah...Kali ini pembakaran diri umpama membakar lilin di tengah malam sbb siang kije...pastikan haziq dpt apa yg sepatutnya. Mudah-mudahan Allah permudahkan tgjawab sy sbg seorg ibu....Amin.

Note: walaupun tengah malam ni dah jatuh tahun baru, ibu masih gagal memisahkan tempat tidur kita...(rahsia kita anak beranak)