Saturday, January 21, 2012

...seDIkit uJiAn pd aWAl tAHun...

Sekarang musim budak2 demam ke apa ha?...
Pagi semalam hantar adik Zariff pegi tadika..terang kelas dia. Ramai budak2 absent. cikgu Pidah cakap ramai budak2 demam. kesian. Adik start demam hr selasa lg and rabu berjangkit plak pd abg Haziqnya. Panik dibuatnya, Tapi kena lah bersabar kan! Pakej demam kali nih lengkap dgn batuk, selsema dan sakit tekak. Kalu bangun pagi sibuk la masing2 nangis sambil ‘berehem ehem ehem’  mengadu xde suara. Adik demam malam shj siang tetap aktif - Abg Haziq plak siang malam melepek berselimut, badan panas berdeheng tapi tetap cakap dia kesejukan. kesian betul  sy melihat keadaannya. Harap abg Haziq betul2 demam biasa demam normal bukan demam stress pasal kije sekolah yg berlambak2 tu atau demam denggi bak kata jiran sy. Huh!

Disini ada sedikit tips untuk para2 ibu yg menghadapi keadaan seperti sy. Thank doktor google:

Jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. 

1. Kalau boleh anda ambillah cuti.
Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.

2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik. Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.

4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?
Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.
Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.

Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment