Tuesday, October 25, 2011

...kak hawa...

"Ibu, kakak dapat A"....kata anak dara sy (anis) yg sorang tu sambil tersengih-sengih.
"Wah! hebat la kakak ni..." jawap sy sambil peluk memeluk.
"Ibu, nanti ibu tolong ckp pd kak Hawa ya Terima kasih"..suka sgt gamaknya si anis ni.
"Ok...esok ibu ckp pd kak Hawa" kata sy sambil membelek-belek kad hari ibu yg anis buat utk exam last year thn ni.


Perasaan budak:
Anis memang sangat gembira sengihnya memanjang je, apabila menunjukkan 'kad hari ibu' pada sy semalam. Bagi dia, idea yg kak Hawa beri tu sgt bermakna
sgt besar gila jasanya pada dia. Budak la katakan. Ibu yang keluar modal seposen dua lgsung x nampak, apa daaaa....
x dengki pun ya.....heheheheeeee





Inilah hasil daripada kakak budak tahun 2.......

ibu saje letak kat blog ni...

panjang umur murah rezeki kakak leh la negok sampai bila2
kan!

NOte:
siapa kak hawa?....
Lawyer??? Majistret??? Ahli Muzik???...hemmm
(kawan opis sahaja - merangkap engineer 'drainage' atasan sy)

Friday, October 21, 2011

...PeTANDa aPa?...

"awak baca Al-Quran tie?"

Tiba-tiba En. Hassan (slh seorg bos kat opis) masuk bilik tidur
sy, sambil berkata lalu menghilangkan diri.

Eh! kenapa dia masuk bilik dan memerli sy...Pelikkk

Sedangkan pada masa tu, saya tdk membaca Al-Quran.
Masih lena tidur membuta membukang.(tdr slps anak2 pergi
sekolah-memang besssst)
Tersentak...terkejut..uhhh lega nasib mimpi je.

Tapi kenapa En. Hassan? kenapa dia yg masuk dlm mimpi sy?
Kenapa dia perli sy pasal baca Al-Quran? Kenapa dia masuk dlm mimpi sy pagi2 buta?
Kenapa tak org lain je yg masuk dlm mimpi tuuu...
contohnya abg sy ke, mak sy ke, tok laki ke...atau sape2 je lah yg logik. heeeee
.....
Rasa insaf rasa bersalah...terhadap diri sendiri.
Hari ni pegi kije terus 'change desktop background'

Drpd gambar syok sendiri kepada Surah Insyirah....

Harap sy x mimpi bukan2 lagi....InsyaAllah.














Sy memilih ayat ni sebab dr lahir sampai ke tua skrg ni sy masih x dapat menghafaz surah ni....
apalah bebal sgt kan!..
Padahal Surah Yassin yg 83 ayat tuuuuu...----h (lebih panjang dan mencabar).

NOte:
Adakah sbb sy masih berhutang (makna/maksud) Surah Al-Fatihah dgn En. Hassan?...

Friday, October 14, 2011

...tak pELik tak KAta...

Kalian Perasan Tak :
Tahun ni kita berdepan 4 tarikh yg jarang berlaku iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11.

Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dlahirkn & tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!

Contoh: seorang yg lahir pada tahun 1994, umurnya sekarang 17 pada tahun ini. Jadi, 94+17= 111..!!!

Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!

SUBHANALLAH..

Monday, October 10, 2011

...PERKAHWINAN O4...

Asyik cite kawin je plak rasanya.....
nak wat mcm mana kan, dah sampai masa dah sampai jodoh layan je laaa,
mungkin ini perkahwinan anak buah saya yg terakhir pd
thn 2011 ni.
selamat pengantin baru utk:

ABDUL RAHMAN (sebelah sy) & AZIZAH
semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke akhirnya...
Fasa kehidupan baru telah berlaku,
Jadilah ketua keluarga dgn penuh rasa tanggungjawab.
Ingat! kawin muda x semestinya kamu x berjaya dunia akhirat
Mak teh harap kamu jgn peduli dgn kutukan org yg tdk
mendatangkan faedah di sekiling kamu tuh...
masuk telinga kanan & kuarkan terus ke telinga kiri
.
Semoga cpt dpt baby....
mesti segalanya berubah. InsyaAllah.


gambar reramai:
angkat tgn, tuuu diaaa.. terpacak ibu jari....tanda restu dr kami semua.

NOte:
~ Tahun depan anak siapa plak yg nak kawin ya....
~ telah selamat berumahtangga 11 org anak buah, masih berbaki...41 org.
(keluarga besar nampaknya kan...tdk termasuk anak beranak m_k _i_i sblh sana2..aduyaii)
.

Saturday, October 8, 2011

...serbA Salah...

Di telan mati mak...Di luah mati bapak...

Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar....semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk,

tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya.

Sy manusia biasa yg punya rasa punya nilai punya naluri punya hati punya marah. Apabila ada perkara2 yg terjadi di hadapan di kanan di kiri atau di belakang kita. Benda yg kita x suka. Bagaimana cara utk melepaskannya, tolong sy bantu sy.

Entry kali ini....carca marba tunggang langgang...biarkan. rasa lega setelah dpt menaip meluah disini...biar org pelik. Janji kepuasaan sendiri terlaksana.

Diam dan pendam sahaja! Adalah jalan terbaikkk!

...seLAmAt JAlaN...

Selamat jalan @ selamat berpisah utk sementara:
Hari ini adalah hari terakhir sy bertemu Big Bos di pejabat sblm dia berangkat ke tnh suci
bagi mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.sobsobsob,perasaan sebak di dlm ( ? ) muncul tetiba...hahaha
mnsdagajmndcsklkjhgfaaccvbgf.........
Didoakan agar mereka berdua yg
menjadi tetamu Allah s.w.t.akan dapat melaksanakan ibadah dengan cemerlang dan dikurniakan haji yang Mabrur. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan di sana nanti.Insyaallah.

Sebahagian kefahaman sy:
Rukun ISLAM ke 5 adalah HAJI (yg mampu). Ibadat ini dikerjakan dengan hati yang tulus ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Ilahi, sebenarnya adalah merupakan satu jihad yang dilihat bukan sahaja pengorbanan oleh seseorang insan dari aspek meterial melalui wang ringgit dan harta semata-mata, tetapi juga dari aspek spiritual. Hanya mereka yang mempunyai jiwa yang kuat, sanggup dan mampu untuk mengorbankan secara sementara segala kesenangan dan kenikmatan dunia dengan meninggalkan ahli keluarga yang dikasihi dan harta yang diusahakan untuk pergi ke rumah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan kecintaan yang mendalam terhadap tuhan yang maha esa.

NOte:
Masih berfikir-fikir...adakah diri ini mampu kesana.hemmmm.