Thursday, August 7, 2014

...B-DaMaN...

(khas utk adik Zariff)

Rasanya tahun lepas lagi zariff nak memiliki B-daman ni, malas nak layan. Jenis sy pun kedekut. Asal nama permainan.

" TAK BOLEH! TAK BOLEH! nanti tauke kedai jadi kaya, ibu pulak susah bertambah susah ". 
Ayat standard tu dah biasa keluar dr mulut sy...nasib anak2 paham. Memang x pernah beli kot mainan kat dia org ni, murah ke mahal ke... kecuali bersebab.

Zarif ni plak jenis mintak xkan berhenti berharap.....berbulan2 dah. jahat sy kan!

Nak jadi cerita...
Sy suruh dia belajar sembahyang..Liattt...Lama-lama hari2 dipaksa. Akhirnya, Alhamdulilah, boleh jugak. Silap sy jugak x hantarnya ke tadika islamic...belajar kat rumah banyak mainnya dari menumpu. Xpe la slow2. Sy tengok banyak2 bacaan paling susah dia nak hafal ialah doa Qunut...ayatnya+bunyinya lebih kurang je.
" boleh x ibu, kalu adik dah pandai baca semua doa Qunut ni. ibu belikan adik B-Daman? "
" B-Daman? B-Daman tu apa? " tanya sy
" alaaaa...mainan yg ada guli tu, kawan2 adik dah beli dah. ibu dia duk rumah je..boleh je beli. ibu kan keje..ibu xde duit ke? "

Adeh sabar jela. Budak2 ni pandai betul membanding2 kan org tu org ni.
Selepas dia dah hafal doa Qunut...mulala menuntut kemahuannya. 2 bulan jugak sy buat x tahu je. Tapi zarif xde lah sampi guling2 tahap inginnya. Tu buat x layan sangat.

Janji tetap janji.
Tak apalah, sekali sekala. Sebab permainan ni bukan mahal mana pun. Pikir positif. Masa zariff mencantum satu persatu badan B-Daman ni...terdetik dalam hati-betapa sabarnya dia + betapa hargainya dia. Dari zuhur sampai ke tgh malam duk melayan B-Daman nih. Suka sangat gamaknya. Biar laaaa.

kita ambil gambar dulu...cerita adik ni

Murah gila benda ni...

NOte: sabar ya..esok2 nak masuk cerita pasal raya plak.