Thursday, August 27, 2009

Emas




Adalah kawan lama sy ni, nak raya2 ni, meljelma lah dia org ni,
bukan nak tanya khabar sangat, ceritanya melarat-larat, nak iklan pun susah.
Mana tak nya, macam2 soalan, macam2 ajakan, dah beli ke, belum beli ke, hampes je, kadang2 nak layan pun malas.

Tapi dah namanya kawan, x layan kang, x berkawan plak sy ni. Ada yang satu ni..ajak pegi buat rambut, rambut raya la kata kan. Sy tolak baik2. Cakap rambut sy x sesuai nak luruskan. Dia ajak plak buat perm kat hujung2 je "jom la jom la" katanya. Heeee, geramnya sy x faham2 dia ni. Macam2 la alasan sy bg kat dia. Akhirnya baru la reti diam bila sy janji kita pegi sama2 tapi sy x buat rambut, sy cabut kening je la. Harap2 masa tu suami sy call byk kali, boleh sy cabut balik, x kuasa nak tunggu 3-4 jam tu) jahat sy.

Ni lagi satu kawan sy budak Kelantan, memang la dia gila EMAS (org kelantan semua mcm tu kot). Masa sy pegi rmh dia, Sy nampak lah rantai tangan kanan+kiri, kaki nasib sebelah je, leher semua cukup, berat2, labuh2 kilat2, anak dara dia yg seorg tu pun ada seberdiri brg2 kemas. Itupun nak beli lagi. Lantaklah dia, bukan duit sy. Tapi kisahnya...menghanginkan sy, kenapa lah gatalnya mulut dia pegi ckp macam tu (x perlulah sy taip kat sini-pedas sgt). Pleaseeeeee, macam lah sy ni kemiskinan sangat. Bg sy drpd emas berkilau2 baik sy beli komputer (laptop) yg power2 boleh memberi manfaat.

Ada peristiwa disebalik sy x berapa suka emas sebenarnya. 3 minggu lepas raya thn 2006, anis anak dara sy yg seorg tu kene ragut. Maklumlah mood raya lagi, mana ada sy nak buka rantai leher dia. Biar la dia pakai kan cantik! Benda dah nak jadi. sekelip mata je.tengah asyik2 sy tgok mainan anis yg mana satu dia suka. Tiba2 dia menangis, org ramai pelik tnya la kenapa? lagi la menangis kuat, lgsung x jawap, sy bawa anis ke tempat jauh org sikit barulah dia ckp ada prmpuan gemuk tarik rantai dia. Mana sy nak kejar, kenal pun x, terlambat plak tu!.

Sy pun cepat2 dapatkan suami sy yg dah jln nun jauh kedepan. Apa lagi masa tu sy teruk kene bebel penuh telinga, penuh setempayan. Suami sy ni jenis marah x cover sikit. Selamba je marah sy depan org. Heee sakitnya hati sy ni, tuhan je tau. Marah2 pun dia pgi juga jejak pempuan neraka tu. Entah la dia berapa kali tawaf Danau Kota yg luas tu. cari kot2 dpt pmpuan penghuni neraka tu.Nasiblah...geram sy. Akhirnya mmg tuhan dah kata xde rezeki. Sah! mmg x dapat. Entah mana dia cabut. 1 mlm je sy rugi beratus2 nak cecah ribu. Terus sy jadi malas nak pakai emas lagi. Tengokla kalu teringin sgt pakai jugalah....sekali sekala.Itu pun yg palsu je. hahaha.x kuasa dah.pintu hati tertutup.





















Monday, August 24, 2009

Ramadhan 2009
Selamat menyambut bulan Ramadhan....kpd semua.
Selamat menjalani ibadah puasa....dah lama rasanya xpuasa.setahun dah...
Biasalah, ari 1st day.mcm menggigil sikit.
Azam sy(saya) ramadhan tahun ni:
xNAK MEMBAZIr.

Nak cuba xnak berbelanja sakan, nak cuba masak aje,nak cuba xnak pegi psr ramadhan,nak cuba makan kadar yang sedikit aje(maksudnya cukup sejenis lauk, sejenis sayur & sejenis air), mcm2 la lagi...sy nak cuba.Selagi x membazir.

Sebab ayah (ayah mertua)selalu bising, pantang bertemu dgnnya...mesti ada je ceramahnya yg memenuhi ruang telinga ni.Antaranya, kemana duit(3x) ...dah keluarkan sikit utk jln ALLAH. Jangan simpan banyak sangat.Jangan semua untuk dunia,jangan itu jangan ini,pendek kata semua janganlah.

Dulu sy pernah jawap, "Tie x simpan pun, cukup mkn cukup pakai je, semua bayar hutang keta,rumah,bil2 dan seangkatannya lah". Ingatkan ayah faham.Tapi tetap kena marah.Entahlah, dia nak sy jadi mcm dia agaknya, kerja teruk2 tapi...x pernah fikir utk diri sendiri.Jauhnya sy kalu nak dibandingkan dgn ayah....insyallah.

Itulah bila tiba Ramadhan ni, terasa pulak nak buat sedikit perubahan, xnak membazir pada perut sendiri. Walau x besar mana pun, cukup lah setakat mampu...dan yg paling penting sy xkan ckp pada ayah, sy dah buat sedikit kebaikan.Alhamdulillah.