Saturday, January 26, 2013

...daLaM BiLik...

" Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Alihi Saidina Muhammad "
Walau terlewat - sy tetap nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul. Kepada sesiapa yang menmanafaatkan cuti dgn perkara2 yang baik. Alhamdulillah.
____________________________________________________________________

Cerita pasal opis 01
Sekarang ni musim orang behenti kije ke apa ha..seorang demi seorang angkat kaki. Ni ha dari lepas raya puasa 2012 tadi lagi sambung menyambung je surat resign dia orang ni. Paling terbaru dan mengejutkan semalam last day adik Apy dispatch riders SCG, Big Bos sgt menghargainya serta merta melisankan arahan utk mengadakan jamuan perpisahan buat Apy. Ucapan yang diberikan oleh Big Bos semalam membasuhjiwa juga - penuh nasihat. Tahniah Apy dapat kerja dgn suasana baru di company yang stabil dah kukuh. 

Jika ada trip SCG pada masa akan datang…siapa pulak lah yang sudi menolong sy. Apy ni segala segi ringan tulang. Sedih jugak, Kawan gosip + kawan gaduh + kawan suka + kawan duka + Kawan  makan&minum. Yang pasti sy SEDIH SEDIH. Meh layan sama2 gambar yg sempat sy ketip...cuma majlis bersama Bigbos x sempat nak bergambar2-lapar sgt dah. Menyesal plak.

majlis minum petang
- Pra perpisahan - 
Wajib memberi ucapan.
sebak dan hampir2 nak leleh..
Tapi..majlis mkn2 bersama Bigbos emosi Apy dah stabil. Lancar ucapannya.


Last day...bye2 tata.
Doanya semoga Apy murah rezeki murah jodoh murah segala2 diTNB nanti. InsyaAllah.














   
Cerita pasal opis 02
Kije ni kalu kata makan gaji maksudnya kita ‘kuli’ la kan. Jadi sebagai kuli jangan pandai2 nak melawan x bertempat ok. Kena ikut arahan @ perintah. Entah, lunch tadi tanpa diundang tiba2 Ladybos melepak duk sebelah..aduyai tekanan. Nak layan cerita korea/cerita setia hjg nyawa kat tonton pun hampeh line jd x clear, huh! Bual bicara dia dgn sy manis sungguh manis madu lembut baldu gitu. Nak umpan sy utk ganti tempat kosong salah seorg Drafter yg bakal berhenti march nanti latu….sy faham, dia berckp sekadar nak tgk reaksi sy je. Tapi silap hari bulan kot…tuan badan yang menanti periodpain ni…hangin semacam. Bual bicara sy tadi agak kasar/kesat/kelat & kurang hormat, spontan je keluar. Maaf ya Lady bos harap tak simpan dlm hati.

Serik buat geotek ni masih berbekas walau dah 5-6 tahun tinggal. Perasaannya seperti nak ke neraka gitu. Kalu citer pasal kije..malas nak berkirapun. Hakikatnya kije apa yang x pernah sy buat diSCG ni, seperti rojak dah S(structure) C(civil) G(geotek) semua dah draw. Kalau dia tengok senarai kije sy dr thn 2002 to 2013 mungkin dia tahu. Tu semua benda2 lama skrg dan pada masa akan dtg sy nak belajar benda2 baru. Kalu boleh, buat dwg tu sekali enter je siap semua-dahsyat2. Harap x pisahkan sy dr En. Hassan-lubuk ilmu sy yg masih ada.
  
Berbalik kpd geotek, pada pandangan sy geotek ni x lah seteruk manapun kije2nya…tp sy tetap x sanggup x sanggup. Andai la kata terpaksa dan di paksa duduk di tempat kosong yang dimaksudkan itu…bolehlah sy ikhtiarkan diri supaya tidak di neraka selamanya. Sy perlu hitam putih kertas sekeping DALAM BILIK tutup pintu. Kita buat perjanjian. Itupun jika perkara ini benar2 berlaku la.urmmm. Noktah.

NOte: 
TQ bigbos atas pengumuman harum semalam.. semua staf dpt gaji baru dan bonus hjg bulan ni. Bolehlah bawa anak3 pergi SOGO.hemmm




Tuesday, January 8, 2013

...PasaL BaBy siTtEr...

Roda sedang berputar.
Maaf jika entry ini menyinggung hati sesiapa. 
Memang sy dah letih menyimpan kata 'ketat' dia sekian lamanya. 5 tahun gitu-terlalu lama kan!. Dah sampai masa sy menulis, mungkin selepas ini sy lega. Alhamdulillah, kekecewaan sy ketika itu telah dijawap.ermmm.

Sy bukan apa (teman lama sy) 8 jam hidup kat pejabat, benda ni simple je tapi cara dia bercakap makan dalam sangat. Kalau gurau kita kenal. Kalu kutuk kita juga kenal. Percayala, sy bukan sengaja meninggalkan ank3 kpd mak mertua, dah tertulis jadual hidup sy begitu. Janganlah cemburu sgt. Kepada sesiapa yg meminta mak/mertua menjaga anaknya...tidak perlulah ambil serius masalah org nak kata, ye dak!. Dah besar panjang gemok pun anak3 sy skrg, ermmm...........semua mak la yang jaga. Sy memang kalah kalau bab jaga anak ni, Tak serperfect mak. 

Kan sy dah tulis paling atas tu.... TERASA ke tersentuh ke?. Maaf ok! sory sgt.

Tuesday, January 1, 2013

...OReN...

Salam Tahun Baru 2013
Kenapa letak gambar limau????

Setiap kali thn baru, ada ke umur orang x naik2, x tua2, muda sokmo2 gitu. pelik benor kan! Memandangkan umur sy setahun,dua,tiga tahun je lagi nak cecah *40* jadi kesihatan perlu dijaga-wajib dijaga. Matlamat / azam / fokus sy pada tahun 2013 adalah kpd limau oren. Yes! limau oren.

Sy bukan penggemar buah2an import, Makan jika terpaksa shj. Jadi sempena thn baru, sy nak mkn buah oren paling malas 1biji sehari. InsyaAllah, harap benda yg berdetik dlm hati ni menjadi. Korang yg mengenali sy, sila lah api2 bakor2 kan ya...Hrp menjadi dan berhasil apa yg sy idamkan utk 3 thn akan dtg.

Meh layan kebaikan memakan oren.
Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:

1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser.

Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.

2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.

Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh kita. Jadi, apa tunggu lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!

NOte:  
Selamat Tahun Baru kawan2, Selamat kembali bersekolah kpd anak3 tersayang. Nampaknya jadual ibu sibuk semula 2013 nti.