Tuesday, January 1, 2013

...OReN...

Salam Tahun Baru 2013
Kenapa letak gambar limau????

Setiap kali thn baru, ada ke umur orang x naik2, x tua2, muda sokmo2 gitu. pelik benor kan! Memandangkan umur sy setahun,dua,tiga tahun je lagi nak cecah *40* jadi kesihatan perlu dijaga-wajib dijaga. Matlamat / azam / fokus sy pada tahun 2013 adalah kpd limau oren. Yes! limau oren.

Sy bukan penggemar buah2an import, Makan jika terpaksa shj. Jadi sempena thn baru, sy nak mkn buah oren paling malas 1biji sehari. InsyaAllah, harap benda yg berdetik dlm hati ni menjadi. Korang yg mengenali sy, sila lah api2 bakor2 kan ya...Hrp menjadi dan berhasil apa yg sy idamkan utk 3 thn akan dtg.

Meh layan kebaikan memakan oren.
Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:

1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser.

Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.

2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.

Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh kita. Jadi, apa tunggu lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!

NOte:  
Selamat Tahun Baru kawan2, Selamat kembali bersekolah kpd anak3 tersayang. Nampaknya jadual ibu sibuk semula 2013 nti.

No comments:

Post a Comment