Saturday, October 8, 2011

...seLAmAt JAlaN...

Selamat jalan @ selamat berpisah utk sementara:
Hari ini adalah hari terakhir sy bertemu Big Bos di pejabat sblm dia berangkat ke tnh suci
bagi mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.sobsobsob,perasaan sebak di dlm ( ? ) muncul tetiba...hahaha
mnsdagajmndcsklkjhgfaaccvbgf.........
Didoakan agar mereka berdua yg
menjadi tetamu Allah s.w.t.akan dapat melaksanakan ibadah dengan cemerlang dan dikurniakan haji yang Mabrur. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan di sana nanti.Insyaallah.

Sebahagian kefahaman sy:
Rukun ISLAM ke 5 adalah HAJI (yg mampu). Ibadat ini dikerjakan dengan hati yang tulus ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Ilahi, sebenarnya adalah merupakan satu jihad yang dilihat bukan sahaja pengorbanan oleh seseorang insan dari aspek meterial melalui wang ringgit dan harta semata-mata, tetapi juga dari aspek spiritual. Hanya mereka yang mempunyai jiwa yang kuat, sanggup dan mampu untuk mengorbankan secara sementara segala kesenangan dan kenikmatan dunia dengan meninggalkan ahli keluarga yang dikasihi dan harta yang diusahakan untuk pergi ke rumah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan kecintaan yang mendalam terhadap tuhan yang maha esa.

NOte:
Masih berfikir-fikir...adakah diri ini mampu kesana.hemmmm.

No comments:

Post a Comment