Saturday, March 17, 2012

...ilMu PeNGEtahuan...

Mari membaca...(itupun jika anda berkenan)

Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan.

Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka.

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau "hanya salah satu perkara biasa". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan?

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).

Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak.

Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan?

Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah:

• Pendarahan "penebusan" (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka.

• Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera.

Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh:

• Rengsa atau radang serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.

• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantu yang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga.

Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan?

Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.

Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka. 



NOte:
Janganlah pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan kerana jika terlambat seperti dalam masalah kehamilan luar rahim, nyawa ibu boleh terancam ataupun jika kita mengabaikan nasihat dan rawatan doktor, dalam jangka panjang ia boleh menjadi kanser. Selamatkan diri dengan mengambil berat segala tanda-tanda luar biasa yang berlaku waktu mengandung.

No comments:

Post a Comment