Friday, April 30, 2010

...cikgu SITI ZAWIYAH...




Hanis bersama cikgu siti


Haziq bersama jurulatih b.sepak thn 2006 yg turut hadir pd mlm nih,
Ibu pggil dia coach aje (maaf lupa nama).



Selamat berpisah utk cgu siti.
Perginya (bertukar sekolah) seorg cgu yg anak2 sy syg. Hanis menangis (air mata perempuan la katakan) dan haziq tergedik2 je lebih (lelaki kot) masa bersalam dgn cikgu siti tadi. Cgu siti berpidah ke JB kerana mgikut suaminya yg dinaikkan pangkat. So Tmn Prima Selayang akan kehilangan satu2 cgu tadika yg baik, bagus, prihatin, mesra, penyayang dan sgt garang (bertempat).

Cgu siti ni cgu tadika anak2 sy sbnrnya. Sy kenal dia semenjak thn 2005 lg, masa tu haziq berumur 5 thn. Apa yg bleh sy kata tentang cgu siti ni semuanya baguslah (bukan bodek). Semenjak dia mengajar di T.P. Selayang byk benda berubah. Maklumlah cikgunya cerdas & cergas.

Terima kasih kpd cgu siti, dia bukan shj cgu kpd anak2 sy, malah menjadi kaunselor x berbayar kpd sy bagaimana hendak mendidik anak minat terhadap pelajaran. Mmg best dia nih. Kdg terfikir diotak sy, nak jd seperti dia...ya lah garang dgn anak2 pasal pelajaran. Anak2 jd pandai. Pernah buat tp x pernah jadi.

Kalu ada masa kelapangan dulu2 sy mesti melepak borak2 dgn dia sblm pg kije. Tadika kat bwh rumah je, sambil2 panas enjin kete borak2 dulu hal anak2, hal2 wanita, hal2 semasa. Semua tggal kenangan.

Kerana cgu siti jugalah:
Haziq merasa mewakili sekolah pastu daerah pastu Negeri Selangor dlm perlawanan bola sepak (6 thn). Masa tu semua perlawanan di adakan di N.Perlis. Sy dpt tumpang sekaki dlm rombongan ke N.Perlis. Yang terharunya, cikgu siti buat Haziq seperti anak dia sendiri. Bayangkan dlm bas perjalanan ke Perlis Haziq demam. Cikgu siti lah org yg paling susah hati. Dia jugak yg sibuk2 memberi haziq ubat. Ingatkan sampai di Perlis sy dpt tdr sekali dgn Haziq (risaukan ank yg demam). Xde maknanya, mlm tu dia tdr dan jaga haziq dgn baik. Sy diasingkan bilik...heeee.

Haziq merasa hadiah jd pelajar terbaik dlm kelas dia. Kalu nak ikut logik masa tu ada je pelajar lain yg jauh lbh cerdik pandai drpd haziq. 6 thn Haziq masih belum pandai membaca laju2. Sgt slow dlm pelajaran. Tapi cikgu pilih dia jugak jd pelajar terbaik kerana Haziq byk mengharumkan nama tadika T.P Selayang. Byk buat cikgu siti Bangga agaknya.

Hanis merasa dpt `basikal’ kerana menang dlm pertandingan mewarna (no.2) dlm 80 org sbyk 16 buah sekolah. Ini semua jasa dan galakan cikgu siti.

Sy doakan cgu siti sng hati dan bahgia selalu dgn anak2 murid yg baru nanti. Jgn lupakan sy dan anak2. Memory bersama cgu siti mmg xkan dilupakan.


NOte:

~ Bangga dgn cikgu siti, anak no.1 dia skrg kat India (bakal Doktor).
~ Anak no.2 dia dpt PMR 8A (yg lepas).
~ Kalaulah anak2 sy cerdik pandai mcm ank cgu siti nih, bhgianya lah hidup.
Haziq nak dpt 1A pun siksa.

~ Ramuan apa la nak guna pakai supaya anak2 pandai dunia akhirat....









No comments:

Post a Comment