Wednesday, June 13, 2012

...minggu akhir, jom layan...



Oklah, straight to point takmo tulis byk2...
Ni kat opis lg ni-telah lepas pkl 5.35pm kan, jom balik shut down your computer tau tp sy sempat lagi buat citer pasal seindah sakura nih, kejap ya, kejap ya, 5 mnt je!...minggu ni dah minggu akhir. Adehh rindu la plak kat lakonan fasha sandha slps tamat citer ni nanti.


sinopsis:
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar... 

NOte: 
  • semenjak dua menjak tv asyik buat citer adaptasi drpd novel, tiba2 hobi lama muncul semula, dah jd gila novel la plak.
  • nanti2 la citer.

2 comments:

  1. "Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar"

    Sy suka ayat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita bekerja semata-mata untuk wang, kita tidak akan kaya kerananya....tetapi jika kita menyintai pekerjaan yang kita lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik kita...

      sy suka kata2 ni.heh!

      Delete