Friday, October 1, 2010

jauh di mata dekat di hati

Encik Afendi......Designer-road SCG

Hari ini,
setelah 3 thn (lbh kurang) en. Afendi berkhidmat di SCG, dah tiba masa dia pergi/berhenti kerja. Sekarang hidup sy dah tak bermakna lagi. Aiceh. Sebab kalau dia tiada, sy nak bertanya pasal Autocad susah2 / pelik2 dengan siapa lagi. Susah wooo! Mati wooo! Harap lah sgt anak buah yg satu (kiri) tinggalannya sebijak dan sepantas en. Afendi. InsyaAllah.

Ingat lagi,
dolu2... sy dgr nama pun dah takut, mana xnya, dia nih terkenal dgn sifat garang + berlagak ++++ yg amat sgt (hanya di mata sy). Tapi dek sebab ilmu kepandaian dia yg sgt ajaib mengalah 20 org lain yg berada di SCG. Sy tabik spinggg. so mengalah je lah.

Ingat lagi,
sblm En. Afendi bekerja di SCG, sy mesti berasa tertekan apabila membuat earthwork (sbhgn kije). Bayangkan terpaksa membuat berpuluh2 c.section dgn cara manual, seksa sgt. Semenjak en. Afendi ada huh...lega. Sekali dia petik je..beratus bersusun c.section siap, sy tahu mintak je, mintak je.

Ingat lagi,
sblm En. Afendi ada, byk kerja sy siap lambat. Kije mmg lah boleh buat, tp teknik x betul. Byk sgt rahasia ilmu2 pantas yg x pernah sy tahu, x pernah sy fikir tp skrg sy suka sgt dan TQ byk2 kpd en. Afendi. Sekarang walau drainage (sbhgn kije) sy masih x siap2. Tapi awal pengenalan tntg dunia 'drainage-road' darinya 4-5 bln yg lepas, xkan sy lupakan. Ilmu tanpa bayaran...bukan senang nak dapat. En. Afendi sgt baik sbnrnya.

Saturday, September 25, 2010

...Raye...

Sy rasa, tdk terlambat lagi utk update cerita pasal raye kan?


Sebenarnya raye sekarang x sehebat raye dulu2 masa sy kecik2, tapi raye tetap raye!. Kita wajib lah beraye setelah sebln berpuasa. Thn nih sy raye di Terengganu dulu sblh Tok Laki. Start cuti 7.09.10 – 19.09.10. Walau x selama thn lepas, tp sy sgt bersyukur dpt betul2 bercuti rehat badan dan minda berbanding thn lepas raye pun serabut dek kije. Alhamdulillah..dpt pegi semua rmh2 sedara ketiga2 kg.


Memandangkan Syawal masih berbaki 15 hari lg, sy ingin mengucapkan “slmt hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin”. Almaklumlah sy nih sgt suka bergurau melebihi had2 yg sepatutnya. Sy nih sgt suka cari bahan mengumpat kalu ada geng2 yg sekepala, sy nih sgt suka mengosip2 mengalah wartawan Melodi. sy nih sgt suka mkn free janji ada org yg nak berbelanja mkn. Sy nih sgt suka....(smbil berfikir) mcm2 lah keburukan diri nih.


So di bulan baik nih, sy myusun 10 jari memohon ampun atas segalanya. 0-0 hendaknya. InsyaAllah sy akan hentikan sikap2 buruk sy tuh demi kebaikan bersama. Agaknya diam kan lebih baik dr berkata2.hemmm


Dan kepada sesiapa yg mngucapkan/bermesej’an dgn sy di pg raye yg lalu. Thanks sgt2. Ucapan dr ko org tlh membuktikan yg sesungguhnya ko org mmg jelas mengingati sy. TQ kpd Izzah, NBB, sara, Apy, Syam, B, Naazam, Hairie, Mie, Aeshah dan lain2. Ucapan raye dr ko org mmg best dan bermacam2, ada yg kelakar, menarik, pelik, manis, sedih, simple, panjang berjela2 dan ada yg main MMS je. Thn nih sy dgn sukacitanya mengumumkan pemenang kata2/ucapan raye 2010 the best adalah jatuh kpd cik Aeshah dr SCG. Hehehe.


Gambar sbg kenang2an di hari raye thn 2010


Haziq dan Hanis bersama Tok Dah


Inilah satu2nya org yg lebih mementingkan diri org lain drpd diri sendiri.

Tie sayang M.dah. Love you(2x) so much.



Sunday, September 19, 2010

Tersentuh Hati....

Hujung Ramadhan dan awal syawal 2010 yang tercemar...

Perbuatan manusia secelaka dan sebangsat2nya....yg dah pun terjadi.


Pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 yg lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim.


Kematian mereka yg x dapat di terima akal logik. Tidak kira siapa atau jahat mana pun mereka...kenapa ada yg sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Dipukul, ditikam, dibunuh dan dibakar. Allah, sgt sedih rasanya di bumi Malaysia ini ia benar2 terjadi. Walau sy satu sen pun x merasa duit hasil jutawan dan dermawan Datuk Sosilawati, tapi sbg wanita dan ibu, sy turut berasa simpati.


Sy sgt gila dgn kes Datuk Sosilawati nih, seminggu berhari raya pun, sy dok sibuk membaca, melihat, mendengar, mgambil tahu segala cerita dr tv or surat khabar nsb internet x sempat nk layan. Entah, hati sy yg paling dlm nih terusik. Semoga Datuk Sosilawati/arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman.


“ sebenarnya tragedi ini mengingatkan kita bahawa betapa maut itu amat dekat dgn kita. Ia sama dekat dgn Allah SWT yg berada sedekat dgn urat nadi kita. Malah, hidup ini juga berjodoh dgn maut. Ternyata hidup kita boleh berubah dalam sekelip mata sahaja tanpa kita duga, tanpa kita rancang “


Al Fatihah..............


Thursday, August 26, 2010

Ramadhan 2010

Tup tap tuap tap...dah setahun pun blog sy nih. Sekejap je rasanya masa berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan sekarang dah setahun pun umur my blog yg x best nih – janji bhgia kan!...hikhik.

Hai semuaaaa, sy manusia bernyawa yg di beri nama Zuriati Ngah ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan, bulan yang mulia, bersama sama lah kita menghargainya dan banyakkan beribadah. Hari nih dah masuk hari ke 16 umat islam berpuasa. Sekejap je kan, Terlambat ucap, Ah xpe lah....

Kepada suami, anak2, seluruh keluarga sy dan mertua serta sanak saudara, marilah bersama-sama kita bersahur (walau sy jarang bersahur beria2) dan berbuka dgn makanan yg sederhana jgn sampai membazir dan banyakkan berdamai serta mengalah.

Kpd teman-teman seopis, teman-teman fb baru atau lama, kpd teman-teman yg dah berkeluarga, kpd teman-teman yg masih membujang (bila lah egko org nak kawin eks ishkkk3) dan kpd sahabat handai yg pandai gila atau buat2 pandai, marilah kita pulang awal ke rmh utk berbuka puasa bersama keluarga. Nikmat wooo.

Kepada bos, bos dan bos, marilah saling sayang-menyayangi (tp kpd yg seorg tuh, hati sy mcm setan..memaafkan lebih mulia) Hrp bos tidak memberikan sebarang tekanan kerja ya, saya ULANG, sebarang tekanan kerja ‘urgent’ ketika di bulan Ramadhan nih dan Syawal nanti haha over. Izinkan sy cuti dua minggu ya. Dan lagi satu, harap bos3 terbuka hati nak memberikan 3+ bulan bonus kpd sy & staf SCG yg lain, seperti menunggu bulan jatuh keriba. Jgn kiamat dulu dah la.

Dan kepada semua pembaca, harap maaf jika pernah tersinggung atau terkilan atau ter apa apa yang telah ter-ter, andai sy jahat ke, tak baik ke, sila lah maafkan ya. sy menulis nih atas dasar syok sendiri.

Okay, slmt beribadah semoga ianya diterima, nanti masa raya nak minta maaf lagi. Asyik minta maaf je, nak wat mcm mana tu je idea yg terkeluar nih.


Note:
Sedih ~ dah 16 hari puasa...baju raya belum nampak bayang . Huh........

Monday, July 12, 2010

...RAHASIA...

Rasa kosong..............

Nak bertanya takut, nak bergosip pun takut, nak berbual mcm biasa2 tuh lagilah takut, sy tunggu dan lihat je lah apa akan jadi seterusnya.
(mungkin kamu dikelilingi 'jin gerun' kot)

Monday, July 5, 2010

...kiciwa hajat x sampai...

rileeex, i xkan marah you (x score goal),
i paham, you demam + selsema.
xpe i tunggu you next piala dunia.
Walau di belasah teruk oleh Jerman 4-0. i ok je.
Biarkan, i tahu Jerman bkn hebat sgt pun.
Ah, Jerman xkan dpt ke final nya, percayalaaa.
ok, i x heran dah pasal PIALA DUNIA, nyampah!
~ atie ~
++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Saya melalui pengalaman seperti ini pada 1982 sebagai pemain.
Ketika itu saya hanya seorang budak dan tidak mengetahui erti kepentingan sesuatu.
Hari ini saya menjangkau usia 50 tahun, saya sudah matang dan ini
adalah tamparan paling hebat dalam hidup saya.
Ia seperti muka ini diterajang,
saya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, katanya."
~ D. Maradona ~

Friday, July 2, 2010

...Q...

2/07/10

Hari nih last day Q sbg adik pratikal kat SCG. Rasa mcm baru sehari dua je dia berada di sini. Cepatnya masa berlalu. Yes, betul mmg sy sgt sedih. Entahlah, kenapa? soal hati perasaan nih, air mata tahu segalanya. Air mata tdk pandai menipu, bila dia nak bergenang bila dia nak mengalir, dia tahu. Semuanya sgt asli tdk pernah berlakon (bukan spt perkataan yg selalu sy guna - berlakon je). Air mata selalu menjadi saksi apa yg ada dlm hati kita.

Q ni budaknya sgt baik (DEPAN mata sy-belakang sy entahlah
, sy x pernah ambil tahu dan xnak ambil tahu), sy pernah ckp pd dia, kalu anak sy Haziq dah besar,bestnya kalu dia jadi mcm Q. Hensem, rajin, cerdik, sembahyang, hormat org...huh! angan2 lebih.kahkahkah.


Semenjak sebulan lepas, dia nih sgt byk menolong sy dlm kije2 a
utoCAD. Patutnya dia nih belajar/tolong engineer je, sorry le, dah terpaksa, kerana pertolongan dia juga kije2 sy cepat siap dan yg paling utama x payah nak o.time gila2. best2. Thank Q. Selepas ni...harap adalah manusia2 yg sudi membantu sy, x perlu nak menyuruh sebaliknya meminta kerja seperti yg Q selalu sebut:

" kak T, ada kije x ?, nak sikit " hemmm.
Setiap pertemuan mestilah berpisahkan! cuma masanya je cepat atau lambat. Semoga Q berjaya menamatkan studynya dgn cemerlang.

Last day Q di SCG...Jamuan mkn kecil2an...nak tggu Lady bos berucap lambat sgt,
semua org dah kelaparan yg amat sgt.


Kenangan utk Q...
dr all staff Grd. floor
.
Masa sgt terdesak. Lunch td pg dgn NJ.
Harap sgt Q berkenan.

cesssssss....
Ini harta yg Q tinggalkan utk sy, apa istimewanya benda nih, entah! sy x pasti.
So simpan je lah. Boringlah isnin nih, Q dah xde. Kije berlambak, hrp jiran kanan terbuka hati nak menolong.

NOta:
- Bila seseorg pergi meninggalkan kita, dan air mata keluar mengiringi pemergiannya.
Org lain x perlu bertanya kenapa?
- Dulu pernah 1 engineer SCG berhenti (s.azniza) sy sedih dan menangis.
Pd masa tuh, mgkin dia bukan sahaja ingineer sy mlh sbg seorg kawan baik sy. Berkawan
dgnnya boleh rasa sampai ke jiwa. Sbb, bila dia xde sy rasa kehilangannya.