Saturday, June 18, 2011

...saKIT luTUT...

X lama lg SCG (tempat sy bekerja) akan mengadakan perlawanan badminton. Penyertaan terbuka kpd semua staf SCG & ahli keluarga shj. wah!, kira menjadi weh kali ni, sambutan amat menggalakkan. Kategori terbahagi kpd 3 bahagian iaitu regu lelaki, regu wanita dan regu campuran. hemmm

Ada yang beregu bersama suami @ isteri @ anak masing2. Just suka2 disamping mengeratkan silaturahim. InsyaAllah semoga acara ini dpt berjln dengan lancar nanti. Sy kononnya cuba masuk bertanding juga, dlm hati mmg dah tahu KALAH "jadi lauk je", tapi atas sifat degil dan ingin mencuba disamping menguji keupayaan diri sendiri (maklumlah bermain dgn org2 muda-beza umurpun 5-10 thn). Menang kalah bg sy nombor last. Yg penting yang utama sy dpt bermain dgn selamat, x memudaratkan tubuh badan. Walau ketika menulis ni sy sedang alami sakit lutut yg amat sgt, mungkin kesan drpd beriya sakan bermain badminton dua mlm lepas di selayang pandang berhampiran rumah.

Berbalik kpd perlawanan badminton itu nanti, untuk regu wanita sy pilih adik Farah (adik baru yg sdg berpraktikal di SCG) dan utk regu campuran, jaguhan pilihan hati sy.... jeng jeng jeng...en.Ujang (seorg droughtperson spt sy).
Diharap Farah dan en.Ujang x serik x menyesal kerana beregu dgn org tua nih.hikhikhik.

Kesempatan ini...12.6.2004... baru saje rasanya mak meninggal, tup tap tup tap, dah 7 tahun masa berlalu.
AL-Fatihah kpd arwah mak sy ZAHARAH. TQ

Masih ingat jelas satu-satu masih kekal dlm lipatan kepala otak sy nih. 30 tahun dahulu, sewaktu sy mengikut arwah mak ke hutan mencari kayu api. Disebabkan kenakalan sy, peristiwa jatuh di lereng bukit dan terus masuk ke dlm sawah padi. Arwah mak panik terus meluru menolong. Akibat peristiwa itu lutut saya cedera x dpt berjln menangis dan terus menangis shj. Arwah mak bawa sy berurut dgn seorg kenalan dia. Yg sy ingat masa tuh, sy lgsung x dpt berjln kehulu kehilir arwah mak dukung. Sayangnya dia pd sy (sedih).


NOta:
tatkala sakit lutut melanda....berganda-ganda ingatan sy terhdp arwah mak. kalaulah....

No comments:

Post a Comment